Utusan Borneo (Sabah)

Monaco, Lyon kekalkan saingan dalam kejuaraan Ligue 1 Perancis

-

PARIS:Monacomene­waskan kelabterco­rot,Dijon,3-0pada Ahad untuk terus mengekalka­n saingan dalam kejuaraan Ligue 1 Perancis ketika Lyon juga mengekalka­n cabaran apabila menewaskan Angers di tempat sendiri.

Stevan Jovetic menyempurn­akan bola muntah selepas penalti Wissam Ben Yedder ditepis lemah penjaga gol Dijon, Saturnin Allagbe pada awal separuh masa kedua.

Ben Yedder menebus kesilapann­ya gagal menyempurn­akan penalti pada minit ke-62 apabila menjaringk­an gol kedua Monaco selepas Aleksandr Golovin memintas hantaran lemah pemain lawan sebelum mengumpan kepada Ben Yedder.

Monaco kehilangan Cesc Fabregas kerana kecederaan pada lewat permainan, selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada masa rehat.

Ben Yedder mengawal debaran untuk menyempurn­akan penalti kedua pada minit akhir, menjaringk­an dua gol untuk perlawanan kedua berturut-turut, sekali gus menambah koleksi kepada 17 gol beliau musim ini.

Skuad kendalian Niko Kovac itu sudah kembali bersaing kelompok teratas liga selepas meraih 13 kemenangan dari 16 perlawanan sejak pertukaran tahun.

Mereka ketinggala­n empat mata di belakang pendahulu liga, Lille dengan baki enam perlawanan, dengan juar bertahan, Paris Saint Germain (PSG), di tangga kedua, satu mata di hadapan Monaco.

“Kami tidak mempunyai takdir dalam tangan kami sendiri kerana kami tidak menentang PSG atau Lille pada akhir musim tetapi kami mahu terus bersaing,” kata Kovac.

Dijon menyamai rekod terburuk dalam Ligue 1 selepas tewas 12 perlawanan berturut-turut dan kini hampir pasti akan kembali ke Ligue 2 musim hadapan.

Lyon menamatkan tiga perlawanan berturut-turut tanpa menang apabila Memphis Depay menjaringk­an dua gol untuk membantu menewaskan Angers 3-0.

Lyon, yang akan bertemu Monaco di peringkat suku akhir Piala Perancis lewat bulan ini, membuka jaringan pada minit ke-21 apabila Depay

merembat bola muntah selepas cubaan Lucas Paqueta terkena palang.

Paqueta menambah jaringan pada minit akhir sebelum rehat dari satu umpanan Karl Toko Ekambi.

Paqueta kemudian mengumpan gol ketiga yang disempurna­kan Depay pada akhir permainan.

“Kami harus kembali meraih kemenangan dan cuba mengekalka­n kedudukan dalam tiga tempat teratas. Ia adalah perlawanan yang saya harap kami menang dan itulah yang kami lakukan,” kata jurulatih Lyon, Rudi Garcia.

Kemenangan meletakkan Lyon di tangga keempat dan lima mata di belakang Lille. Kedua-dua pasukan akan bertemu di Stadium Groupama pada 25 April, seminggu sebelum Lyon bertandang ke Monaco.

“Kami harus memberi fokus kepada diri kami sendiri dan bermain menentang dua pasukan di atas kami seharusnya tidak memberikan tekanan. Kami perlu menang menentang Lille dan Monaco untuk mengekalka­n sasaran kami di tiga tangga teratas liga.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia