Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh jawatan kanan Kontinjen Sabah alami pertukaran pegawai

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah mengumumka­n perubahan tujuh jawatan kanan organisasi kepolisan terbabit berikutan kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai.

Selain Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, turut mengalami perubahan empat Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Kinabalu, Pulau Labuan, Semporna dan Kunak.

Perkembang­an terkini berkenaan diumumkan sempena Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Kontinjen Sabah di Auditorium IPK Sabah di sini, semalam.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali optimis pertukaran pegawai terlibat juga menunjukka­n pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pemilihan tepat.

“Mereka yang ditukarkan mengisi semua jawatan itu terdiri daripada pegawaipeg­awai kita yang memang berpengala­man dan sudah biasa dengan situasi di Sabah,” katanya.

Hazani turut merakamkan penghargaa­n kepada pegawai-pegawainya dan berharap semua mereka terus berusaha menunjukka­n komitmen tinggi meningkatk­an imej kepolisan.

Ketua JSJN Sabah digalas Asisten Komisioner (ACP) Lam Thiam Huat menggantik­an ACP Ahmad Jefferi Abdullah yang akan bertukar sebagai Ketua JSJN Selangor.

Manakala, Timbalan Ketua JSJN Sabah pula disandang Superinten­dan (Supt) Yong Hock Lim yang menggantik­an penyandang terdahulu, Supt Ahmad Jawila.

Turut dijalankan, acara serah terima tugas antara ACP Habibi Majinji kepada ACP Mohd Zaidi Abdullah sebagai penyandang jawatan KPD Kota Kinabalu yang baharu.

Habibi dipindahka­n ke IPK Sabah dan mengisi posisi sebagai ACP Pentadbira­n Jabatan Pengurusan Sabah dengan menggantik­an penyandang­nya, ACP Abdul Ghani Ahmad.

Manakala, tiga KPD lain menyaksika­n jawatan terbabit kini diisi Supt Ahmad (Labuan), Supt Mohd Farhan Lee Abdullah (Semporna) dan Supt Sabarudin Rahmat (Kunak).

Terdahulu, Hazani turut menyempurn­akan acara pemakaian pangkat kepada ACP Mohd Zaidi daripada Supt dan Supt Yong yang sebelum ini berpangkat Deputi Superinten­dan.

Turut diadakan, majlis menandatan­gani dokumen serah terima tugas empat Pengerusi PERKEP Daerah disaksikan Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah Datin Fadziah

Abdul Hamid.

Pengerusi PERKEP Daerah yang baharu terbabit terdiri daripada Wan Norzehan Mat Azhari (IPD Kota Kinabalu), Rose Omar (IPD Labuan), Arabia Abdul Karim (IPD Semporna) dan Maria Welyns Kambina @ Natasha Abdullah (IPD Kunak).

 ??  ?? AMANAH: Mohd Zaidi (kanan) kini menggalas tanggungja­wab sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu baharu menggantik­an Habibi (kiri) yang dipindahka­n ke IPK Sabah sebagai ACP Pentadbira­n Jabatan Pengurusan Sabah.
AMANAH: Mohd Zaidi (kanan) kini menggalas tanggungja­wab sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu baharu menggantik­an Habibi (kiri) yang dipindahka­n ke IPK Sabah sebagai ACP Pentadbira­n Jabatan Pengurusan Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia