Utusan Borneo (Sabah)

Bung dan Jafry terima dos kedua vaksin COVID-19

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin selamat menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer-BionTech semalam di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Suntikan vaksin dos kedua itu bagi melengkapk­an dos suntikan vaksin COVID19 yang mana dos pertama diterimany­a pada 11 Mac lepas.

Turut bersama beliau untuk menerima dos kedua adalah Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya dibawa ke ruang pemerhatia­n bagi pemantauan kesan sampingan selama 30 minit oleh petugas kesihatan selepas menerima suntikan berkenaan.

Bercakap kepada media, beliau berharap agar rakyat Sabah mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahter­a atau berhubung dengan Pejabat Daerah masing-masing.

Katanya, kerajaan sedang giat melakukan kempen ke kampung-kampung di seluruh Sabah bagi memberi penerangan mengenai pengambila­n vaksin.

“Mungkin di Sabah agak lambat sikit kerana ramai rakyat kita yang tinggal di luar bandar dan jauh di pedalaman.

“Selain itu, ramai yang enggan mendaftar sebagai penerima vaksin kerana menerima maklumat yang kurang tepat mengenai kebaikan dan keberkesan­an vaksin untuk memutuskan dan menangani penularan virus COVID-19.

“Saya yakin mereka juga peka dan mempunyai kesedaran tinggi untuk mendapat suntikan vaksin sebagai imuniti kelompok terhadap jangkitan COVID19. Namun, mereka kurang mendapat maklumat yang tepat kerana itu kerajaan giat menjalanka­n kempen,” katanya.

Bung menasihatk­an rakyat agar tidak raguragu dan bimbang untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 demi kebaikan diri, keluarga, masyarakat, dan negara.

 ??  ?? VAKSIN: Bung (kanan) bersama Jafry (kiri) memegang kad ‘Saya Sudah Ambil 2 Dos’ selepas menerima suntikan dos kedua.
VAKSIN: Bung (kanan) bersama Jafry (kiri) memegang kad ‘Saya Sudah Ambil 2 Dos’ selepas menerima suntikan dos kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia