Utusan Borneo (Sabah)

Taktik baharu penyeludup berjaya dikesan PPM Sandakan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Tiga lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) semasa membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Pulau Nunuyan, awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah DSP Rusdin Banin berkata, sepasukan pegawai dan anggota yang sedang menjalanka­n tugas risikan di kawasan berkenaan mendapati bot suspek bergerak dalam keadaan mencurigak­an di perairan terbabit.

“Semasa pemeriksaa­n dijalankan ke atas ketigatiga bot terbabit mendapati tiga orang juragan yang berumur dalam lingkungan umur 27 hingga 37 tahun berada di bot masingmasi­ng,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n ke atas bot berkenaan mendapati terdapat barang kawalan seperti bungkusan minyak masak, tong gas LPG, minyak petrol dan tepung gandum yang dianggarka­n berjumlah RM69,154.55 keseluruha­nnya termasuk nilai bot yang digunakan.

“Juragan terbabit juga gagal menunjukka­n permit atau surat kelulusan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas semua barang kawalan yang dibawanya,” katanya.

Rusdin berkata, kesemua suspek dan semua barang rampasan tanpa permit termasuk bot bersama enjinnya dibawa ke pangkalan PPM Sandakan untuk tindakan selanjutny­a.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama peraturan-peraturan kawalan bekalan.

Selain itu, beliau berkata, masyarakat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai boleh juga menyalurka­n maklumat kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke talian 013-2831197 atau berhubung terus dengan manamana balai berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia