Utusan Borneo (Sabah)

Lapan lokaliti di Tawau jalani PKPD

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sebanyak lapan lokaliti di daerah Tawau menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) bermula 12 hingga 25 April 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, lapan lokaliti berkenaan termasukla­h Taman Sri Bukit Tawau, Taman Cahaya, Jalan Tengku Osman, Kuarters Bomba Tawau, Bandar Sri Indah, Jalan Mesra, Kampung Titingan, dan Taman Golden Hill.

Katanya, kerajaan negeri bersetuju menguatkua­sakan PKPD di kawasan terbabit selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Secara kumulatif, sebanyak 76 kes positif COVID-19 dan 220 orang kontak rapat dikesan dalam lapan lokaliti berkenaan. KKM juga mengesahka­n berlaku penularan jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit dengan kadar kebolehjan­gkitan yang tinggi.

“Pelaksanaa­n PKPD ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakka­n penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, satu kluster baharu direkodkan pada 11 April iaitu Kluster Meruntum di Putatan yang merekodkan dua kes baharu positif COVID19 masing-masing satu kes di Putatan dan Penampang yang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak lapan kes.

Menurutnya, kluster berkenaan juga mengaitkan satu kes (generasi kedua) yang dilaporkan di luar daerah Penampang. Kes indeks adalah Ketua Anak Negeri yang dikesan positif hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 8 April lepas.

Katanya, berdasarka­n penelitian pergerakan, kes indeks menghadiri majlis aqiqah di Kampung Meruntum Fasa III pada 27 hingga 28 Mac 2021 dan kursus di Majlis Daerah Putatan pada 31 Mac hingga 1 April 2021.

Masidi berkata, daripada 71 kontak rapat yang disaring sehingga 9 April 2021, lapan orang disahkan positif sementara 62 orang lagi masih menunggu keputusan.

“Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 11 April adalah sebanyak 127 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,797 kes dengan satu kes kematian direkodkan di daerah Lahad Datu.

“Tawau merekodkan kes tertinggi sebanyak 81 kes baharu diikuti Lahad Datu dengan 13 kes dan Tuaran lapan kes. Nabawan dan Kota Kinabalu masing-masing merekodkan lima kes manakala empat kes direkodkan di Sandakan dan Penampang.

“Daerah Semporna merekodkan tiga kes baharu dan Putatan dua kes manakala Papar dan Kota Belud masing-masing satu kes. Tiada kes baharu direkodkan di daerah yang lain,” katanya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia