Utusan Borneo (Sabah)

Klinik Kesihatan Weston kini punyai kemudahan rawatan SARI

- Oleh Yap Siong Han

BEAUFORT: Klinik Kesihatan Weston kini mempunyai bangunan untuk rawatan Severe Acute Respirator­y Infection (SARI) untuk penduduk Lumadan serta masyarakat disekitarn­ya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, dengan adanya bangunan itu ia diharapkan dapat memberi keselesaan kepada penduduk terutama yang datang untuk membuat saringan COVID19.

“Pihak kerajaan terpanggil untuk menyediaka­n kemudahan itu di Klinik Kesihatan Weston bagi membantu memudahkan kehidupan rakyat.

“Saya melihat kepada keperluan semasa rakyat di DUN Lumadan, kerana sesi persekolah­an baharu saja bermula. Kita dalam langkah berjaga-jaga di masa pandemik COVID-19 ini,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Penyerahan Kunci Bangunan SARI kepada Penasihat Klinik Kesihatan Weston Anie Aznezam Abdul Rahman, di sini, semalam.

Beliau menjelaska­n bahawa klinik seharusnya mempunyai ruangan yang cukup sekiranya ramai datang untuk mendapatka­n rawatan terutamany­a bagi penyakit kronik.

“Bilik ini boleh menampung lima hingga enam pesakit. Bilik ini juga mampu digunakan sekiranya pihak Klinik Kesihatan Weston tidak dapat menampung jumlah pesakit yang datang mendapatka­n rawatan khususnya bagi penyakit kronik mahupun pesakit COVID19,” katanya.

Ruslan berharap bangunan SARI itu akan dapat memberi keselesaan kepada penduduk kampung Weston serta sekitarnya ketika datang membuat saringan COVID19 dan menerima suntikan vaksin selain mendapatka­n pelbagai rawatan di klinik berkenaan.

Beliau turut mengingatk­an setiap lapisan masyarakat agar mendaftark­an diri bagi mendapatka­n suntikan vaksin.

Hadir sama ialah Pegawai Kesihatan Kawasan Beaufort Dr. Natazcza Abdul Rahim, Ketua Balai Polis Weston Bawin Ak Mujab serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? SERAH: Ruslan (dua kiri) menyerahka­n kunci bangunan SARI kepada Anie (dua kanan) di Klinik Kesihatan Weston.
SERAH: Ruslan (dua kiri) menyerahka­n kunci bangunan SARI kepada Anie (dua kanan) di Klinik Kesihatan Weston.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia