Sabah FC raih tiga mata penting
Persembahan sedikit perlahan pada awal permainan namun semua pemain beri komitmen 100 peratus
KOTA KINABALU: Fokus serta tidak merendahkan kemampuan lawan kunci kemenangan bergaya 4-0 Sabah FC ke atas UiTM FC dalam saingan Liga Super 2021 di Stadium Likas malam kelmarin.
Ketua Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, permainan sedikit perlahan pada awal permainan namun pemain memberikan komitmen 100 peratus untuk meraih tiga mata penting.
Ia juga kemenangan kedua Sabah FC musim ini, keduaduanya dicatatkan di laman sendiri.
Kurniawan berkata, kejayaan memperolehi tiga mata sangat penting selepas mereka hanya memunggut satu mata menentang Penang FC minggu lalu.
"Kita dapat melihat tekanan dalam pasukan UITM FC sejak awal perlawanan berikutan mereka hanya memperolehi satu mata dan berada di tangga tercorot Liga Super. Kita memanfaatkan peluang ini untuk mencapai kemenangan. "Saya harus memberikan pujian sangat tinggi kepada semua pemain kerana mereka mempamerkan aksi yang sangat cemerlang serta ikut semua perancangan awal pasukan kita," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Pada perlawanan itu, Sabah FC mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Sam Johnson (minit ke-27) dan Saddil Ramdani (minit ke-41).
Lima minit aksi babak kedua, Park Tae Su meletakkan
Sabah FC selesa 3-0 di hadapan (minit ke-50) sebelum Bobby Gonzales mengesahkan kemenangan bergaya 4-0 skuad Badak pada minit ke-87.
Kurniawan berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati terhadap mutu persembahan yang dipamerkan dalam perlawanan malam tadi sekaligus berharap pemain dapat mengekalkan rentak perlawanan di masa akan datang.
Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai perlawanan seterusnya menentang Selangor FC beliau berkata, Sabah FC masih mempunyai masa untuk mempersiapkan
Saya harus memberikan pujian sangat tinggi kepada semua pemain kerana mereka mempamerkan aksi yang sangat cemerlang serta ikut semua perancangan awal pasukan kita. Kurniawan Dwi Yulianto Ketua Jurulatih Sabah FC
pasukan dalam perlawanan itu nanti.
"Kita mempunyai ramai pilihan pemain yang berada pada tahap yang terbaik ketika ini. Oleh itu mereka perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama menjelang perlawanan menentang Selangor nanti," katanya.
Kurniawan berkata, dalam sesi latihan nanti pihaknya akan menilai prestasi pemain kerana tiada jaminan dalam kesebelasan utama sekiranya pemain gagal menunjukkan mutu permainan sebenar mereka.
Sabah FC akan menentang Selangor FC di tempat lawan pada 23 April.