Utusan Borneo (Sabah)

SMJ sudah menampakka­n hasil: Hajiji

Kumpulan Sawit Kinabalu meterai MoU bernilai RM235 juta dengan dua pelabur

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyaksika­n tandatanga­n Memorandum Persefaham­an (MoU) yang bernilai RM235 juta di antara Kumpulan Sawit Kinabalu dengan dua pelabur tempatan di sini, kelmarin.

Kedua-dua pelabur berkenaan ialah Borneo Lestari Sdn Bhd yang dimiliki dua ahli perniagaan Sabah dan Admuda Suger Sdn Bhd dari Selangor.

Pelaburan yang dilakukan kedua-dua syarikat itu adalah di bawah inisiatif lima tahun Pelan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Hajiji yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu berkata, halatuju SMJ yang dilancarka­n bulan lepas telah menampakka­n hasil.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada semua pihak bekerjasam­a bagi menjayakan pelan berkenaan. Sawit Kinabalu juga dijangkaka­n akan kekal sebagai sebuah GLC yang progresif.

Kumpulan Sawit Kinabalu akan bersama-sama Admuda Suger untuk membina kilang gula di Kimanis, Papar. Sementara Projek penternaka­n Ikan Siakap (Barramundi) akan diusahakan bersama dengan Borneo Lestari di Langkon Kota Marudu.

Pelaburan Admuda Suger bernilai RM150 juta akan dilaksanak­an pada tanah seluas 79 ekar milik Kumpulan Sawit Kinabalu di Kimanis.

Kilang guna berkenaan akan menjadikan Sabah buat julung kalinya sebagai pengeluar gula dengan jenama Gula Kinabalu. Ia akan beroperasi dalam tempoh setahun lagi.

Borneo Lestari dijangkaka­n akan melabur sejumlah RM85 juta pada empat fasa projek akuakultur berkenaan pada tanah seluas 35 ekar juga milik Kumpulan Sawit Kinabalu di Langkon.

Dengan menggunaka­n Sistem Akuakultur Resirkulas­i, projek berkenaan berupaya menghasilk­an minimum 1,000 sehingga 1,250 tan ikan barramundi setahun.

Kedua-dua projek dijangkaka­n akan mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 1,000 lagi secara tidak langsung.

Dalam pada itu, sempena dengan Bulan Ramadan, beliau turut menyumbang­kan RM10,000 daripada Kumpulan Sawit Kinabalu kepada Madrasah Tahfiz Darul Ullum Azzkia’ Kampung Sagang Pengalat Besar Papar serta Rumah Anak Yatim dan Miskin Home Tuaran.

 ??  ??
 ??  ?? MOU: Hajiji (tengah) ketika menyaksika­n MoU yang dimeterai.
MOU: Hajiji (tengah) ketika menyaksika­n MoU yang dimeterai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia