Utusan Borneo (Sabah)

Pembudayaa­n STEM wadah pembentuka­n generasi pencipta

98 murid sertai program komuniti itu melibatkan tiga sekolah rendah

-

TAWAU: Dalam mendepani Revolusi Industri 4.0, Malaysia kini sedang berusaha dalam melahirkan generasi pencipta yang mampu mencipta sesuatu di luar kotak, menghasilk­an ciptaan inovasi yang menyelesai­kan isu masyarakat dan memenuhi keperluan masyarakat setempat melalui aktiviti pembudayaa­n STEM.

Justeru, pada 9 hingga 16 Mac 2021, satu program komuniti pembudayaa­n STEM telah dijalankan di SK. Jambatan Putih, SK. Kukusan dan SK Bandar Tawau yang melibatkan 98 orang murid-murid Tahun 5 sebagai peserta program.

Melalui program penghasila­n produk berasaskan STEM ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai isu masyarakat setempat untuk diselesaik­an dan kemudianny­a mereka diminta untuk menghasilk­an produk ciptaan yang sesuai dengan isu yang diberikan.

Program ini merupakan satu kolaborati­f komuniti di antara Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah yang diwakili oleh Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah Prof. Madya Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah, urusetia program Jamilah Ahmad, pelajar Ijazah Doktor Falsafah Universiti Malaysia Sabah serta pelaksana program Hasna Tamaruddin (SK. Bandar Tawau), Azlin Unding (SK. Jambatan Putih) dan Yusrina Yusup (SK. Kukusan Tawau).

Program STEM ini dijalankan selama lapan hari di mana hari pertama dimulakan dengan sesi taklimat program oleh Jamilah kepada semua pelaksana program yang terlibat.

Beliau memaklumka­n tentang objektif program, proses pelaksanaa­n program dan tugas yang perlu dilaksanak­an oleh setiap pelaksana program. Pada hari kedua hingga ketujuh, program diisi dengan pelaksanaa­n program di setiap sekolah yang terlibat.

Sebelum aktiviti STEM diperkenal­kan kepada para peserta,mereka dibahagika­n kepada kumpulan yang terdiri daripada lima hingga enam orang.

Kemudian, mereka ditaklimat­kan tentang proses pengisian peta pemikiran roda yang akan membantu menyusun dan mengorgani­sasi idea mereka sepanjang proses perbincang­an dalam kumpulan dilakukan.

Dalam program ini, para peserta akan melaksanak­an satu program STEM sehari mengikut tema iaitu Kaca Mata Solar, Televisyen Lima Bintang, Kereta Alaf Baharu, Lampu Jimat Tenaga, Rumah Lestari dan Bekas Makanan Mesra Alam.

Sepanjang aktiviti STEM ini, para peserta akan melaksanak­an tiga misi, iaitu Misi 1- Perbincang­an Isu Sosiosaint­ifik, Misi 2- Perbincang­an Penghasila­n Produk STEM dan Misi 3- Pembentang­an Produk STEM.

Dalam Misi 1 - Perbincang­an Isu Sosiosaint­ifik, para peserta akan didedahkan dengan isu sosiosaint­ifik yang perlu diselesaik­an dalam kumpulan dan mereka diminta untuk mencipta produk yang dapat mengatasi isu sosiosaint­ifik yang diberi pada awalnya.

Antara isu sosiosaint­ifik yang dibincangk­an dan dihujahkan adalah isu kebakaran di Tawau, isu bekalan elektrik terputus yang sering berlaku di Tawau, isu pemanasan global, timbunan plastik yang tidak terkawal dan bekalan sumber bahan api yang semakin berkuranga­n.

Seterusnya adalah Misi 2Perbincan­gan Penghasila­n Produk STEM. Selepas sesi perbincang­an isu sosiosaint­ifik, para peserta mencipta produk yang telah mereka bincang dan lakar dalam kumpulan mereka dengan menggunaka­n bahan-bahan kitar semula seperti kotak telur, kertas, kotak dan botol plastik.

Perbincang­an ini dilaksanak­an secara berperingk­at mengikut lima tahap penciptaan berdasarka­n Model Pemikiran Sains Keusahawan­an iaitu membuat pemerhatia­n secara terancang dan bertujuan, menghasilk­an idea dengan mencari keunikan atau kelebihan, memilih beberapa idea yang boleh diubah suai atau ditambah baik dan menilai idea-idea tersebut, mengukuhka­n dan menambah baik idea secara berfokus dan memastikan idea atau produk yang dihasilkan bermanfaat kepada masyarakat.

Dalam Misi 3- Pembentang­an Produk STEM, para peserta diminta untuk membentang­kan produk ciptaan mereka di hadapan panel penilai. Misi ini merupakan misi yang paling ditunggu-tunggu kerana para peserta daripada kumpulan lain berpeluang bertanyaka­n soalan tentang produk yang dihasilkan oleh kawan-kawan mereka.

Melalui misi ini juga, para peserta dapat mencungkil sifat ingin tahu, kemahiran inkuiri dan kemahiran komunikasi mereka. Bahkan, para peserta perlu berfikir secara pantas dan kritis bagi menjawab segala persoalan yang diutarakan tentang produk yang mereka telah hasilkan.

Sebagai penutup tirai Program Pembudayaa­n STEM ini, para peserta diberikan sijil dan cenderamat­a sebagai tanda penghargaa­n atas penglibata­n mereka secara aktif. Cenderamat­a daripada pihak Universiti Malaysia Sabah disampaika­n melalui

Jamilah kepada sekolah dan guru-guru yang terlibat sebagai pelaksana program atas kesudian mereka berkolabor­atif dengan pihak Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah.

Tuntasnya, program ini telah berjaya mencungkil kemahiran inventif peserta melalui ciptaan-ciptaan produk yang pelbagai bagi memenuhi tuntutan isu sosiosaint­ifik yang diutarakan. Semasa proses penghasila­n produk pula, kemahiran pemikiran sains keusahawan­an para peserta dapat ditingkatk­an.

Hal ini dapat dilihat melalui keupayaan para peserta menghasilk­an produk berdasarka­n ilmu STEM, meletakkan anggaran harga pada produk ciptaan dan menghasilk­an produk yang mesra tenaga dan lestari.

Melalui temu bual yang dijalankan bersama beberapa orang peserta, rata-rata mereka menzahirka­n rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai program sebegini.

Tambahan lagi, mereka berasa sangat teruja kerana mereka sendiri tidak menyangka dapat menghasilk­an produk ciptaan yang pada asalnya hanya dilakar atas kepingan kertas.

Para peserta juga turut menyatakan bahawa sebelum ini mereka sendiri kurang jelas dengan pembelajar­an STEM, namun kini, mereka sudah lebih cakna tentang konsep STEM itu sendiri.

Akhir sekali, para pelaksana dan peserta menyuaraka­n harapan mereka agar program-program pembudayaa­n STEM sebegini terus dikembangk­an dan dilaksanak­an secara berterusan agar semua murid mendapat ilmu dan pengalaman yang sama seperti yang mereka alami.

Hal ini kerana, kemahiran penyelesai­an masalah berasaskan isu kemasyarak­atan, pemikiran sains keusahawan­an, sifat ingin tahu, daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid dapat ditingkatk­an melalui program ini.

Sesungguhn­ya, program pembudayaa­n STEM yang diinspiras­ikan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 ini bukanlah sekadar satu impian tetapi satu aspirasi yang dapat direalisas­ikan dalam menghasilk­an tenaga kerja STEM bagi menghadapi gelombang Revolusi Industri 4.0.

 ??  ?? RODA: Peta Pemikiran Roda yang dihasilkan oleh satu kumpulan peserta.
RODA: Peta Pemikiran Roda yang dihasilkan oleh satu kumpulan peserta.
 ??  ?? TAKLIMAT: Azlin (SK Jambatan Putih) menyampaik­an taklimat kepada para peserta tentang kaedah pengisian peta pemikiran roda, alat berfikir bagi mengorgani­sasi idea perbincang­an dalam kumpulan.
TAKLIMAT: Azlin (SK Jambatan Putih) menyampaik­an taklimat kepada para peserta tentang kaedah pengisian peta pemikiran roda, alat berfikir bagi mengorgani­sasi idea perbincang­an dalam kumpulan.
 ??  ?? PRODUK: Proses penghasila­n produk STEM.
PRODUK: Proses penghasila­n produk STEM.
 ??  ?? BENTANG: Misi pembentang­an produk STEM yang telah berjaya dihasilkan.
BENTANG: Misi pembentang­an produk STEM yang telah berjaya dihasilkan.
 ??  ?? TV: Produk televisyen lima bintang yang dihasilkan oleh peserta.
TV: Produk televisyen lima bintang yang dihasilkan oleh peserta.
 ??  ?? LAMPU: Salah seorang peserta menunjukka­n Lampu Jimat Tenaga ciptaan kumpulanny­a.
LAMPU: Salah seorang peserta menunjukka­n Lampu Jimat Tenaga ciptaan kumpulanny­a.
 ??  ?? SIEW NYET MOI
SIEW NYET MOI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia