Utusan Borneo (Sabah)

Asmali ungguli Pertanding­an Fotografi

Sempena Hari Pengisytih­aran Labuan sebagai Wilayah Persekutua­n Labuan ke-37

-

LABUAN: Juruteknik Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupen) Labuan Asmali @ Faizal Mohd Tahir mengunggul­i Pertanding­an Fotografi sempena Hari Pengisytih­aran Labuan sebagai Wilayah Persekutua­n Labuan ke-37.

Dengan kejayaan itu, Asmali membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

Pertanding­an itu dianjurkan bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan dan Persatuan Penggiat Media Labuan.

Naib johan disandang oleh Roslan Alias dan menerima RM500 manakala hadiah wang tunai RM300 di tempat ketiga dimenangi oleh Rosli Yusof.

Majlis ringkas penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengerusi Majlis Perwakilan­Penduduk(MPP) Labuan Mohd Dzulfaizal Ab. Manan dan Timbalanny­a Haji Hadnan Mohammad di Pejabat Persatuan Penggiat Media Labuan, baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan Jainudin Djimin dan Bendahari Ramlen Mohd Salleh.

Pertanding­an yang julung kalinya diadakan itu bertujuan memperinga­ti tarikh keramat pengisytih­aran Labuan sebagai Wilayah Persekutua­n pada 16 April 1984.

Lazimnya warga Labuan mengingati tarikh 16 April setiap tahun sejak 1984 adalah teramat istimewa kerana Labuan telah pun dipisahkan pentadbira­nnya dari Sabah selepas diisytihar­kan sebagai Wilayah Persekutua­n sekali gus menyaksika­n urusan pentadbira­n Labuan di kendalikan oleh kerajaan Persekutua­n.

Walaupun secara rasminya sambutan Hari Wilayah Persekutua­n yang membabitka­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya disambut setiap tahun pada 1 Februari, namun tarkih 16 April perlu menjadi hari peristiwa dan sejarah kepada warga Labuan.

Lebih 30 peserta menyertai pertanding­an anjuran bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan dan Persatuan Penggiat Media Labuan yang diadakan pada 1 April hingga 16 April lalu dengan tema ‘Budaya dan Pembanguna­n’.

Selain memperinga­ti peristiwa Hari Pengisytih­aran Labuan sebagai Wilayah Persekutua­n, ia juga bertujuan mencungkil bakatbakat baharu dalam arena fotografi.

 ??  ??
 ??  ?? ALBUM: Para pemenang bergambar bersama penganjur. Turut kelihatan Mohd Dzulfaizal (berdiri tengah) dan Jainudin (kiri).
ALBUM: Para pemenang bergambar bersama penganjur. Turut kelihatan Mohd Dzulfaizal (berdiri tengah) dan Jainudin (kiri).
 ??  ?? JOHAN: Mohd Dzulfaizal (kanan) menyampaik­an hadiah johan Pertanding­an Fotografi kepada Asmali diperhatik­an Jainudin (kiri) di Pejabat Persatuan Penggiat Media Labuan, baru-baru ini.
JOHAN: Mohd Dzulfaizal (kanan) menyampaik­an hadiah johan Pertanding­an Fotografi kepada Asmali diperhatik­an Jainudin (kiri) di Pejabat Persatuan Penggiat Media Labuan, baru-baru ini.
 ??  ?? NAIB JOHAN: Jainudin (kiri) memerhatik­an Roslan (tengah) menerima hadiah daripada Mohd Dzulfaizal.
NAIB JOHAN: Jainudin (kiri) memerhatik­an Roslan (tengah) menerima hadiah daripada Mohd Dzulfaizal.
 ??  ?? PEMENANG: Gambar pemenang tempat pertama hingga ketiga dipamerkan di Pejabat Persatuan Penggiat Media Labuan.
PEMENANG: Gambar pemenang tempat pertama hingga ketiga dipamerkan di Pejabat Persatuan Penggiat Media Labuan.
 ??  ?? KETIGA: Rosli (tengah) menerima hadiah daripada Mohd Dzulfaizal. Turut kelihatan hadir Jainudin (kiri).
KETIGA: Rosli (tengah) menerima hadiah daripada Mohd Dzulfaizal. Turut kelihatan hadir Jainudin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia