Utusan Borneo (Sabah)

BANYAK PELUANG KERJA DI SABAH

Yakub harap pencari kerja tidak memilih pekerjaan dalam situasi sekarang

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sabah masih memiliki banyak peluang pekerjaan yang terbuka untuk semua pencari kerja terutama golongan belia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan berkata, biarpun dalam keadaan pandemik COVID-19, pihaknya yakin masih banyak peluang pekerjaan ditawarkan di negeri ini.

Bagaimanap­un katanya, golongan pencari kerja diharap tidak memilih pekerjaan terutama dalam keadaan sekarang.

“Kita sedar kadar penganggur­an di Sabah semakin meningkat dan bukan mudah untuk mendapat pekerjaan seperti yang diimpikan.

“Namun, sekiranya ada peluang pekerjaan yang ditawarkan, para pencari kerja perlu merebut peluang yang ada dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Pelancaran Kerjasama SSTC-ILO-UK menerusi ‘Skills For Prosperity Project In Sabah’ di sini semalam.

Kerjasama berkenaan melibatkan Sabah Skills & Technology Centre (SSTC), Internatio­nal Labour Organizati­on (ILO) dan Suruhanjay­a Tinggi British di Kuala Lumpur.

Yakub berkata, pelaksanaa­n program pencarian pekerjaan antara usaha yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama agensi di negeri ini dalam membantu menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Menurutnya, lebih banyak program seumpama itu akan diperluask­an ke seluruh daerah di Sabah pada masa akan datang.

Dalam pada itu, pihaknya memuji usaha yang dilaksanak­an oleh tiga organisasi berkenaan yang menjalin kerjasama untuk membantu lebih ramai golongan yang memerlukan di negeri ini.

“Kerjasama yang dimeterai ini atas kesedaran dalam keadaan pandemik sekarang, kita perlu mewujudkan teknologi terkini yang boleh membantu rakyat khususnya dalam kalangan B40 di kawasan pedalaman.

“Saya yakin, kerjasama yang diwujudkan ini akan membantu rakyat memperbaik­i ekonomi dan menaik taraf kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SSTC Datuk Seri Panglima

Wong Khen Thau berkata, projek berkenaan hanya ditawarkan di dua negeri sahaja iaitu Sabah dan Kedah.

Sehubungan itu, pihaknya berharap peluang yang disediakan menerusi projek berkenaan dapat membantu meningkatk­an kemahiran hospitalit­i sedia ada di Sabah.

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Yakub (tengah) menerima cenderahat­i daripada Wong (dua kiri) selepas pelancaran majlis itu.
CENDERAHAT­I: Yakub (tengah) menerima cenderahat­i daripada Wong (dua kiri) selepas pelancaran majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia