Utusan Borneo (Sabah)

Lapan PTI, dua tekong ditahan dalam OCP Daratan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Cubaan lapan pendatang tanpa izin (PTI) masuk ke negara ini secara haram membawa padah selepas berjaya ditahan di dalam sebuah rumah tidak bernombor di kampung (Kg) Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.55 malam itu, pasukan Kawasan Keselamata­n Khas pantai timur Sabah (ESSCom) yang menjalanka­n Ops Cegah PTI (OCP) Daratan menerima maklumat berhubung pergerakan sebuah bot dari arah negara jiran.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, melalui maklumat diterima, bot yang bergerak dalam keadaan mencurigak­an itu menuju ke perairan kampung berkenaan.

“Sepasukan 15 anggota keselamata­n yang diketuai ESSCom dikerahkan ke lokasi kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di jambatan 2, Kg. Kurnia Jaya untuk membuat pemantauan dan pemeriksaa­n,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n di rumah terbabit berjaya menemui dan menahan lapan individu termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berada di ruang tamu dipercayai baru tiba dari negara jiran.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati kesemua mereka yang berumur 10 hingga 70 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Turut berjaya dikesan di lokasi tersebut, dua lelaki tempatan berumur 26 dan 28 tahun dipercayai tekong yang akan membawa kesemua PTI terbabit ke lokasi seterusnya,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, kesemua tangkapan termasuk dua tekong terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutny­a dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63.

Ahmad Fuad berkata, kejayaan itu merupakan hasil kerjasama semua pasukan keselamata­n terutamany­a dalam menggagalk­an taktik PTI yang menggunaka­n lorong tikus masuk ke negara ini.

“Pasukan ESSCom yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Maritim Malaysia akan terus mengetatka­n kawalan keselamata­n di perairan dan daratan negara,” katanya.

 ??  ?? TANGKAPAN: Kesemua PTI dan tekong dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.
TANGKAPAN: Kesemua PTI dan tekong dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia