Utusan Borneo (Sabah)

KDCA terus perkasa peranan pelihara budaya warisan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

RANAU: Persatuan Kebudayaan Kadazandus­un (KDCA) akan terus menggiatka­n usaha dalam mengekalka­n budaya warisan Kadazandus­un agar tidak pupus dengan dominasi budaya moden.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Penyelaras KDCA Ranau Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, menerusi kerjasama dengan pemegang adat iaitu Ketua Daerah, KDCA akan terus terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti warisan budaya.

Menurutnya, ia termasukla­h aktiviti yang berkaitan dengan dokumentas­i terutamany­a dari segi bahasa dan kesusaster­aan, perubatan dan rawatan tradisiona­l serta makanan dan minuman tradisiona­l.

Selain itu katanya, ia juga melibatkan bidang muzik dan lagu, tarian dan drama, kraf tangan, lukisan dan ukiran, sukan tradisiona­l, serta pakaian tradisiona­l.

“KDCA juga akan terus memainkan peranan penting untuk menjalin dan mengeratka­n lagi persaudara­an dan kerjasama dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri Sabah.

“Sejak penubuhann­ya sekitar 1950-an, KDCA memainkan peranan penting dalam aktiviti pengekalan, pengembang­an, pengayaan dan penyebaran kebudayaan multi etnik Kadazandus­un,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ritual ‘Potunguh Poluyung Porindakoh Barakat Pibabasan Om Piunungan Sompomogun­an’ (upacara memanjatka­n doa perdamaian, kesejahter­aan dan keharmonia­n seluruh dunia) Sempena Sambutan Pesta Kaamatan di sini semalam.

Majlis berkenaan adalah salah satu aktiviti di peringkat pelaksana bagi memenuhi dan merealisas­ikan aspirasi selaras dengan visi dan misi KDCA.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang ini berkata, penganjura­n majlis itu seiring dengan aspirasi untuk memperkasa­kan peranan KDCA dan ketua adat istiadat di daerah.

Menurutnya, usaha itu melibatkan peranan KDCA sebagai rumah budaya dalam menyalurka­n usaha-usaha dan sumber tenaga individu dan kumpulan untuk memulihara, mengembang dan memperkena­lkan warisan budaya Kadazandus­un.

“Ia juga platform untuk menerapkan golongan muda dengan memberi ruang penyertaan yang lebih luas untuk memainkan peranan sebagai rakan kongsi dalam memberi sumbangan idea dan menyertai aktiviti-aktiviti yang boleh memupuk kemahiran pemimpin yang beridentit­i nasional demi kesinambun­gan dan pembentuka­n masa hadapan Kadazan Dusun,” jelasnya.

Katanya, majlis berkenaan bertujuan memanjatka­n doa semangat Kaamatan tanpa batas demi keamanan dan kedamaian bersama.

 ??  ?? RITUAL: Joachim (tengah) bersama penduduk kampung dalam upacara ritual sempena majlis itu.
RITUAL: Joachim (tengah) bersama penduduk kampung dalam upacara ritual sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia