Utusan Borneo (Sabah)

Perwira negara terharu jasa bakti dihargai semasa Ramadan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang perwira negara yang bergadai nyawa dalam insiden penceroboh­an pengganas Sulu di Kampung Tanduo Lahad Datu pada 2013 lalu terharu apabila jasa dan bakti dihargai lebih-lebih lagi pada musim Ramadan ini.

Lans Koperal (B) Mohammad Nursabry Jaya berkata, beliau juga gembira kerana mendapat penghargaa­n sebesar ini daripada pucuk pimpinan PDRM sebagai menghargai perkhidmat­annya sepanjang bertugas sebagai

Komander VAT69.

“Ini sumbangan pertama kali yang saya dapat dan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam urusan seharian termasukla­h keluarga serta perniagaan saya yang diusahakan di Lahad Datu,” katanya.

Mengimbas kembali peristiwa berdarah itu beliau berkata, kejadian yang paling tidak dapat dilupakan adalah melihat rakan seperjuang­an mengalami kecederaan semasa bertempur.

“Semasa kejadian itu saya yang bertugas di Ulu Kinta Perak sedang bercuti dan hari kedua saya dihubungi oleh pihak atasan untuk bersiap sedia berikutan negara kita diserang oleh Tentera Sulu, tanpa membuang masa kami bergerak ke Sabah sebelum ke medan perang.

“Banyak kenangan yang tidak dapat diungkapka­n semasa berperang termasuk kenangan pahit melihat rakan seperjuang­an terkorban di depan mata.

“Saya sendiri mengalami kecederaan apabila pihak lawan melakukan serangan dan saya terkena anak peluru di bahagian bibir dan saya sangat bersyukur masih diberikan kesempatan untuk bernafas sehingga ke hari ini,” katanya.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau meninggalk­an kerjaya sebagai salah seorang anggota polis bukanlah disebabkan trauma tetapi beliau mendapat tawaran yang lebih relevan dan baik untuk kehidupann­ya.

 ??  ?? BERSYUKUR: Mohammad Nursabry menerima sumbangan disampaika­n Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan.
BERSYUKUR: Mohammad Nursabry menerima sumbangan disampaika­n Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia