Utusan Borneo (Sabah)

Hati ini sekarang tersangkut di Port Dickson, kata Anwar Ibrahim

-

PORT DICKSON: Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan mungkin kekal bertanding di Parlimen Port Dickson, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanap­un Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, soal sama ada mempertaha­nkan kerusi Parlimen Port Dickson atau tidak, masih belum diputuskan lagi oleh PKR.

“Hati ini sekarang ini tersangkut di Port Dickson sebab lebih senang, ‘convenient’ dan sudah kenal.

“Mengenai soal bertanding di sini ia terpulang pada keputusan parti. Kalau parti putuskan Port Dickson, maka saya akan bertanding di Port Dickson,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada masjid dan surau di sekitar Port Dickson di sini semalam.

Anwar yang juga presiden PKR berkata, kemesraan bersama rakyat di Port Dickson semakin baik, dan tidak timbul isu yang mengaitkan beliau adalah ‘orang luar’.

“Isu orang luar itu tidak timbul lagi, sebab dulu mereka takut orang luar ini jarang nak datang kawasan. Walaupun ada tanggungja­wab lain, tetapi kawasan kita wakili harus dijaga,” katanya.

Pada 13 Oktober 2018, Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi dengan menewaskan enam pencabarny­a.

PRK itu diadakan selepas penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongk­an kerusi itu pada 12 September tahun sama, bagi membolehka­n Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

PRK itu adalah yang keempat diadakan dalam tempoh lima bulan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berlangsun­g pada 9 Mei 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia