Utusan Borneo (Sabah)

Satu kluster baharu direkodkan di Semporna

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan di Semporna melibatkan para pelajar di Maktab Rendah Sains MARA.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster berkenaan adalah Kluster Tagasan di mana kes indeks adalah pelajar Tingkatan 4 yang disahkan positif hasil saringan bergejala di sebuah klinik kesihatan pada 8 April 2021.

Jelasnya, susulan kes itu, saringan kontak rapat mendapati empat lagi pelajar serta seorang pemandu di institusi berkenaan dikesan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak enam kes.

Tambahnya, aktiviti pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan sedang giat dijalankan.

Berdasarka­n laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Masidi berkata, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 19 April 2021 adalah sebanyak 125 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,910 kes dan dua kes kematian direkodkan di daerah Tawau.

“Daripada 125 kes positif COVID-19, sebanyak 62 kes (49.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 12 kes (9.6%) saringan bergejala, 45 kes (36%) dari kluster baharu dan sedia ada serta enam (6) kes (4.8%) dari lain-lain kategori,” katanya.

Masidi berkata, bagi jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital/sembuh adalah sebanyak 125 menjadikan jumlah kumulatif 55,254 orang.

“Seramai 1,008 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 309 orang di hospital, 635 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 64 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS)/ penjara.

“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 55 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.

Selain itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 mengikut daerah menunjukka­n Daerah Kinabatang­an berubah dari zon kuning ke zon jingga dan menjadikan pecahan daerah mengikut zon adalah Zon Merah enam daerah, Zon Jingga empat daerah, Zon Kuning 11 daerah manakala Zon Hijau enam daerah.

Dalam pada itu, Masidi mengumumka­n penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Murni C, Nabawan pada 20 April 2021 seperti yang dijadualka­n selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutua­n.

Berkenaan statistik vaksinasi, beliau berkata, terkini seramai 13 orang telah menerima suntikan vaksin harian Dos 1 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,793 orang, manakala bagi Dos 2 vaksin Pfizer BioNTech, seramai 35 orang telah menerima suntikan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 42,150 orang.

“Bilangan pendaftara­n penerima vaksin hari ini sejumlah 2,209 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar setakat ini sebanyak 429,143 (mysejahter­a 391,837 : laman web 37,065 : talian vaksinasi 241) bersamaan 14.6%,” katanya serta menyeru masyarakat agar segera mendaftark­an diri untuk menerima vaksin COVID-19 melalui MySejahter­a.

 ??  ?? DATA: Data harian COVID-19 Negeri Sabah pada 19 April 2021.
DATA: Data harian COVID-19 Negeri Sabah pada 19 April 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia