Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat diminta peka sekiranya terima SMS untuk hadir Program Vaksinasi COVID-19

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee menyaranka­n kepada masyarakat setempat atau ahli keluarga kepada warga emas untuk peka setelah menerima pesanan teks 089668806 yang dikirim oleh pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan di telefon masingmasi­ng yang memaklumka­n mereka untuk menghadiri program vaksinasi mengikut waktu dan tempat yang telah ditentukan.

Beliau berkata, ini penting khasnya dalam membolehka­n warga emas dan golongan berisiko menerima vaksinasi seperti dijadualka­n dalam fasa kedua bermula Isnin.

Vivian menyatakan perkara ini sejurus membuat tinjauan Program Vaksinasi COVID-19 fasa kedua melibatkan warga emas dan golongan berisiko di Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin.

Dalam perkembang­an berkaitan, Vivian juga menasihatk­an kepada warga emas dan ahli keluarga yang menemankan mereka ke dewan untuk tidak datang awal dari masa yang ditetapkan bagi memudahkan proses pemberian vaksinasi mengikut jadual dan tidak menunggu lama.

Beliau juga memuji warga emas yang hadir ke program itu dan jelas memperliha­t mereka tidak mudah mendengar khabar angin yang disebarkan berkenaan vaksin ini.

Dalam masa sama, beliau berharap warga emas dan ahli keluarga yang menemani mereka ketika pemberian dos pertama ini untuk menyimpan kad temujanji mereka sehingga dos kedua kelak.

Sementara itu, Vivian berkata, berdasarka­n makluman yang beliau peroleh dari pihak berkuasa berkenaan, aplikasi MySejahter­a menempatka­n 500 penerima vaksin dalam sehari.

Bagaimanap­un, kira-kira 300 sehari sahaja dapat diberikan vaksinasi berikutan kekurangan tenaga kerja bertugas.

 ??  ?? TURUN PADANG: Vivian turun padang meninjau proses program vaksinasi di Dewan Masyarakat Sandakan, kelmarin.
TURUN PADANG: Vivian turun padang meninjau proses program vaksinasi di Dewan Masyarakat Sandakan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia