Utusan Borneo (Sabah)

DBKK diminta pertimbang­kan semula

Keputusan tidak benarkan peniaga menjaja di pasar malam, mingguan dan tamu

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) perlu mempertimb­angkan semula untuk membenarka­n penjaja kecil menjual juadah berbuka puasa di tepi rumah atau kawasan perumahan, pasar malam, mingguan dan tamu sepanjang bulan Ramadan ini.

Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS) Darul Nazli Dahalan berkata, pihaknya faham keputusan yang dilakukan DBKK berikutan peningkata­n kes COVID-19 di bandar raya ini.

“Tetapi, peniaga kecil seperti penjaja dan penjual di tepi rumah misalnya boleh dibenarkan berniaga sepanjang bulan puasa dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan mewajibkan semua penjaja menyediaka­n MySejahter­a serta alat imbas suhu.

“Kita harus memberi peluang penjaja kecil untuk mencari rezeki sepanjang bulan puasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, para penjaja kecil tiada sumber pendapatan lain yang boleh membantu mereka menyara keluarga serta membeli sedikit kelengkapa­n diri dan keluarga untuk Hari Raya akan datang.

Katanya, penjaja dan peniaga kecil biasanya menjual di tapak yang terbuka di mana risiko jangkitan adalah kurang berbanding keadaan premis tertutup. Jika dilihat pada keadaan sekarang, semua pusat membeli belah penuh sesak dimana risiko jangkitan biasanya lebih tinggi.

“Saya juga merayu kepada Kerajaan Negeri dan DBKK menyediaka­n satu lesen atau surat kelulusan kebenaran khas kepada penjaja atau peniaga kecil seperti penjual sayap bakar, penjual burger dan penjual pisang goreng yang menumpang berniaga di kawasan kaki lima atau ruang legar restoran atau premis lain.

“Dalam keadaan ekonomi mencabar ini, ramai kehilangan pekerjaan dan meneruskan hidup dengan berniaga secara menumpang di premis dan restoran besar.

“Namun, DBKK tidak membenarka­n mereka berniaga di situ dengan alasan mereka ini tiada lesen perniagaan yang sah dan mengeluark­an kompaun kepada restoran atau premis itu, sedangkan DBKK tidak menyediaka­n lesen khusus kepada mereka serta mereka tidak dapat memohon lesen,” katanya.

Katanya, DPMS memohon jasa baik pihak kerajaan dan DBKK agar memberikan lesen penjaja khas untuk menumpang berjualan di hadapan premis besar seperti restoran setelah pemilik permis berkenaan bersetuju membenarka­n mereka menumpang berniaga di situ.

“Ini adalah cara terbaik bagi mengelakka­n penjaja atau peniaga kecil membuka gerai di tepi jalan secara haram yang mana membawa lebih banyak kemudarata­n berbanding berniaga secara menumpang di premis tetap secara bersih, sihat dan selamat.

“Jika menjual secara menumpang di restoran biasanya, peniaga atau penjaja kecil itu dapat bertahan mencari sedikit rezeki untuk menampung keperluan hidup mereka,” katanya.

Oleh itu katanya, besarlah harapan DPMS sekiranya Kerajaan Negeri dan DBKK dapat mencari satu jalan terbaik bagi menyelesai­kan permasalah­an ini

Katanya, di mana lagi peniaga atau penjaja berkenaan untuk memulakan diri sebagai usahawan jika semua tempat tidak dibenarkan. DPMS menerima banyak keluhan para penjaja di pasar malam, mingguan dan tamu agar DBKK membenarka­n semula mereka meneruskan perniagaan.

“Para penjaja bersedia menerima SOP yang ketat serta kawalan jumlah pengunjung demi mereka memperoleh­i sedikit sebanyak pendapatan untuk membayar hutang serta pinjaman, menampung keperluan harian dan persediaan untuk Hari Raya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an semua peniaga sama ada kecil, sederhana atau besar agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa patuh kepada arahan daripada kerajaan dari semasa ke semasa dalam usaha mengekang penyebaran COVID-19.

 ??  ?? DARUL NAZLI
DARUL NAZLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia