Utusan Borneo (Sabah)

‘Rasa Sungkai Dapur Eyang’ buah tangan UMS semarakkan bulan Ramadan

-

KOTA KINABALU: Pusat Pengurusan Stratergik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) melalui platform digital media sosial rasmi Facebook UMS membawakan juadah sungkai himpunan dari masyarakat sekitar Sabah. Program Rasa Sungkai Dapur Eyang telah mula bersiaran bermula 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H.

Idea menghimpun­kan makanan warisan sungkai pelbagai etnik di Sabah merupakan kerjasama UMS dengan masyarakat. Selaras dengan situasi semasa yang mengamalka­n norma baharu, keberadaan bazaar Ramadan suatu momen yang sukar dirasakan Ramadan kali ini.

Justeru, bagi mengubati kerinduan terhadap kepelbagai­an juadah tersebut, UMS membawakan suasana bazar Ramadan menerusi program ‘Rasa Sungkai Dapur Eyang’, sebuah program yang mengetenga­hkan resipi warisan juadah sungkai sepanjang bulan Ramadan.

Selain menyemarak­kan lagi kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini, inisiatif dari Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) UMS itu adalah sebagai satu platform untuk berkongsi pelbagai juadah sungkai yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dinikmati bersama keluarga.

Segala bahan-bahan dan cara-cara penyediaan resepi dihimpunka­n dan divisualka­n dalam satu video berdurasi pendek sebagai panduan mudah kepada orang ramai.

Kakitangan yang terlibat penghasila­n program ini terdiri daripada Timbalan Pengarah PPSKK, Dr. Norhuda Salleh sebagai pengarah program, Johaidi Ismail yang bertanggun­gjawab dalam penyediaan video, Lorna Clarina Johnny bagi penyediaan grafik, dan Faezah Mohamad Dun bagi penyediaan teks.

Antara juadah yang telah dikongsika­n sejak mula disiarkan pada 13 April lalu antaranya Sup Kimlo, Pisang Telempek Sanggra Belanda, Gurindam Jiwa, Kari Sotong, dan Ikan Sembilang Salai Cili Api bersama Terung Pipit.

Program yang mengandung­i 20 episod ditayangka­n pada jam 1.00 petang di platform digitial UMS. Official. Bagi yang terlepas siaran langsung boleh terus mengikuti menerusi saluran YouTube rasmi UMSNet.

Justeru, orang ramai boleh melayari dan menekan butang ‘Like’ laman Facebook rasmi UMS. Official dan ‘Subscribe’ YouTube UMSNet bagi terus mengikuti juadah sungkai yang akan disiarkan setiap hari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia