Utusan Borneo (Sabah)

Vaksin COVID: Lebih 1,000 guru, 182 warga emas di Labuan terima dos pertama

-

LABUAN: Lebih 1,000 guru bersama 182 warga emas di sini dijadualka­n mendapat dos pertama vaksin mereka di bawah fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula di seluruh negara kelmarin.

Pemberian vaksinasi itu diadakan di dua pusat vaksinasi utama di sini iaitu Klinik Kesihatan Membedai dan Dewan Serbaguna Labuan Corporatio­n dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, 10 saluran, lima untuk lelaki dan lima untuk wanita, telah dibuka di dewan serbaguna untuk menerima kumpulan pertama yang terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas, orang-orang rentan dengan masalah morbiditi serta orang kurang upaya (OKU).

“Kami telah membuat perancanga­n awal bagi fasa kedua program imunisasi ini untuk mengelak tempoh menunggu dan kesesakan yang tidak perlu.

“Warga emas, terutama dengan masalah morbiditi, akan datang lebih awal dan tidak akan dibenarkan bergaul dengan penerima di bawah usia 60 tahun,” katanya kepada Bernama di pusat vaksinasi dewan serba guna itu.

Dr Ismuni berkata, pusat vaksinasi dewan serbaguna itu mampu memberi suntikan kepada 680 individu setiap hari.

Beliau berkata, sekurangku­rangnya 70 pesakit berusia yang menjalani dialisis dan rawatan untuk penyakit lain di Hospital Nukleus Labuan akan menerima suntikan vaksin berkenaan di katil hospital mereka.

Dr Ismuni menasihati mereka yang belum menerima janji temu untuk vaksinasi melalui MySejahter­a supaya menyemak profil di aplikasi tersebut.

“Mereka yang telah mendaftar untuk vaksinasi akan menerima janji temu mereka, pegawai kami bekerja sepanjang masa,” katanya.

Labuan adalah antara yang terawal melaksanak­an vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Ia bermula pada 27 Feb, sehari selepas penerimaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech dari Kota Kinabalu melalui Terminal Feri Labuan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Dr Ismuni (kanan) berbual dengan warga emas yag hadir bagi mendapatka­n vaksin bagi Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Labuan di Pusat Vaksinasi Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan yang bermula dekat Labuan, kelmarin.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Dr Ismuni (kanan) berbual dengan warga emas yag hadir bagi mendapatka­n vaksin bagi Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Labuan di Pusat Vaksinasi Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan yang bermula dekat Labuan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia