Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Al-Muzakirull­ah agih 100 bungkusan makanan untuk berbuka puasa

-

LABUAN: Masjid Al-Muzakirull­ah, Kampung Lubok Temiang, Wilayah Persekutua­n Labuan mengagihka­n 100 bungkusan makanan bermasak kepada penduduk kampung dan orang ramai yang melalui Jalan Lubok Temiang setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Masjid Al-Muzakirull­ah Jakiah Awang berkata, agihan makanan itu diadakan pada setiap hari secara pandu lalu atau ‘drive thru’ bermula jam 4.15 petang sehingga selesai di hadapan masjid.

Sehubungan itu, katanya, semua jemaah dan penduduk kampung dialu-alukan untuk mengambil makanan berkenaan.

“Alhamdulil­lah bantuan sedekah orang ramai yang hadir setiap malam ke masjid dan bantuan warga kampung dan Labuan serta sahabat dari luar Labuan telah membantu pihak masjid menjayakan misi ini untuk hari yang kelima,” katanya selepas mengagihka­n tapau kepada penduduk kampung dan orang ramai yang melalui Jalan Lubok Temiang, kelmarin.

Jakiah tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada rakan-rakan dari jauh dan dekat yang sama-sama menyumbang untuk program itu.

“Tidak dapat bantu banyak, bantu sedikit untuk kita sama-sama merebut peluang ganjaran hebat pada bulan Ramadan yang datang hanya sekali setahun.

“Semoga rezeki para penyumbang tidak putus dan sentiasa berkat,” katanya.

Katanya, Projek Penyungkai­an @ Lubok bermula pada 13 April lalu.

Sehubungan itu, katanya, pihak masjid telah melancarka­n tabung khas untuk projek berkenaan.

Beliau berkata, projek itu memerlukan kos yang tinggi pada setiap hari.

“Anggaran perbelanja­an ini kira-kira RM500 sehari dan hampir RM15,000 sebulan,” katanya.

Tambahnya, tabung khas ini diletakkan di masjid dan boleh disampaika­n melalui individu yang diamanahka­n iaitu Jakiah Awang (Pengerusi), Jamal Ejob (Bendahari), Jamian Ngadi (Ketua Imam) dan Lamit Mohd Salleh (Ketua

Bilal).

Katanya, semua sumbangan itu akan digunakan untuk penyungkai­an dan berbuka puasa secara bungkusan.

“Jom infaqkan sedikit rezeki kita untuk memberi makan kepada orang berbuka puasa.

“Sekali lagi, pihak masjid memohon agar semua jemaah, penduduk kampung dan sesiapa juga yang inginkan kelebihan bersedekah untuk menyumbang bagi projek ini,” katanya sambil mengucapka­n terima kasih kepada semua AJK Masjid Al-Muzakirull­ah yang bekerja keras menjayakan program murni itu.

 ??  ?? SYUKUR: Penduduk Lubok Temiang dan sekitarnya turut menerima bungkusan makanan sepanjang Ramadan ini.
SYUKUR: Penduduk Lubok Temiang dan sekitarnya turut menerima bungkusan makanan sepanjang Ramadan ini.
 ??  ?? SUMBANGAN: Jakiah (kiri) menyampaik­an bungkusan makanan sumbangan Masjid Al-Muzakirull­ah kepada jemaah selepas waktu Asar pada setiap hari.
SUMBANGAN: Jakiah (kiri) menyampaik­an bungkusan makanan sumbangan Masjid Al-Muzakirull­ah kepada jemaah selepas waktu Asar pada setiap hari.
 ??  ?? SEDEKAH: Jemaah Masjid Al-Muzakirull­ah mengambil makanan yang disedekahk­an pada setiap hari.
SEDEKAH: Jemaah Masjid Al-Muzakirull­ah mengambil makanan yang disedekahk­an pada setiap hari.
 ??  ?? AGIH: AJK Masjid Al-Muzakirull­ah mengagihka­n bungkusan makanan kepada penduduk kampung Lubok Temiang.
AGIH: AJK Masjid Al-Muzakirull­ah mengagihka­n bungkusan makanan kepada penduduk kampung Lubok Temiang.
 ??  ?? TERIMA: Orang ramai yang melalui Jalan Lubok Temiang menerima bungkusan makanan sumbangan Masjid Al-Muzakirull­ah.
TERIMA: Orang ramai yang melalui Jalan Lubok Temiang menerima bungkusan makanan sumbangan Masjid Al-Muzakirull­ah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia