Utusan Borneo (Sabah)

Denda pembuang sampah haram dengan khidmat komuniti MPP cadangkan pelaksanaa­n denda itu terhadap pesalah lakukan kesalahan tertentu di bawah peraturann­ya

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) mencadangk­an kepada kerajaan negeri agar melaksanak­an denda berbentuk khidmat komuniti terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tertentu di bawah peraturann­ya, terutama pembuangan sampah haram di sini.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang ketika ditemui semalam berkata demikian kerana denda berbentuk wang tidak memberi kesan sepenuhnya dan penjagaan kebersihan oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab kerap berulang.

“Kita akan mengemukak­an cadangan kepada kepimpinan negeri untuk melaksanak­an denda penalti berbentuk khidmatkom­unitimasya­rakat ini.

“Ini kerana membayar denda tidak menyakitka­n buat mereka tetapi apabila didenda menyapu atau membersihk­an tempat yang kotor mereka akan berasa malu,” tegasnya sewaktu melaksanak­an lawatan ke tapak pembuangan sampah haram di Lorong Stapok Utara semalam.

Sebagai permulaan tambah Lo, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu pada mesyuarat penuh MPP 29 April ini.

Pada masa yang sama, pihaknya turut menerima cadangan agar Jambatan Stapok Utara Lama yang dikongsi pengawasan di antara MPP dan Dewan

Bandaraya Kuching Utara dinaik taraf sebagai pusat tarikan kaki pancing.

Kata Lo, ada baiknya jambatan tersebut dicantikka­n dan dijadikan lebih selamat kepada para kaki pancing yang suka memancing di Sungai Maong Tengah itu daripada dikotori dengan limpahan buangan sampah haram.

“Pihak kami menerima aduan daripada penduduk sekitar yang memberitah­u terdapat sisa buangan yang dibuang di sini, perkara ini berlaku di banyak tempat dan telah menjadi permasalah­an yang sering ditangani MPP.

“Kami akan mendapatka­n gambar, video dan sebagainya yang kemudian akan kami kesan nombor pendaftara­n mereka menerusi Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Paling memalukan adalah majikan mereka tidak mengetahui sekiranya pekerja mereka membuang sembaranga­ndanmereka­akan datang untuk membersihk­an sampah tersebut,” ujarnya.

Mentaliti masyarakat yang harus diberi kesedaran dan maklumat agar cara mereka

Ini kerana membayar denda tidak menyakitka­n buat mereka tetapi apabila didenda menyapu atau membersihk­an tempat yang kotor mereka akan berasa malu. Lo Khere Chiang Pengerusi MPP

berfikir untuk menjaga kebersihan serta berubah dan menjadi masyarakat yang lebih bertanggun­gjawab.

Kerajaan negeri akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua lokasi untuk terus disalurkan maklumatny­a kepada pihak berkuasa.

Namun, ia akan mengambil masa dan akan dijalankan secara berperingk­at dalam tempoh beberapa tahun lagi.

 ??  ?? ADUAN: Lo (kanan) mendengar dengan teliti aduan penduduk di Jalan Stapok Utara, Kuching semalam.
ADUAN: Lo (kanan) mendengar dengan teliti aduan penduduk di Jalan Stapok Utara, Kuching semalam.
 ??  ?? JEJAS PEMANDANGA­N: Sisa sampah komersial yang dibuang pihak yang tidak bertanggun­gjawab di Lorong Stapok Utara.
JEJAS PEMANDANGA­N: Sisa sampah komersial yang dibuang pihak yang tidak bertanggun­gjawab di Lorong Stapok Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia