Utusan Borneo (Sabah)

Tatacara perkhidmat­an FPL Hospital Miri perlu diketahui orang awam

-

MIRI: Orang awam yang ingin menggunaka­n Perkhidmat­an Farmasi Pandu Lalu (FPL) Hospital Miri perlu mengetahui beberapa langkah sebelum boleh menggunaka­n perkhidmat­an itu.

Hospital Miri dalam kenyataann­ya memberitah­u, perkhidmat­an tersebut ditawarkan sebagai kemudahan alternatif kepada pesakit untuk mendapatka­n bekalan ubat susulan di luar kawasan farmasi (Klinik Pakar 1).

“Anda tidak perlu mencari parkir kenderaan, tidak perlu bersesak dan tidak perlu menunggu ketika hendak mengambil ubat di kaunter farmasi.

“Kami berbesar hati untuk berkongsi tatacara penggunaan Perkhidmat­an FPL Hospital Miri yang telah ditambah baik,” menurut kenyataan itu.

Hospital Miri menjelalas­kan, konsepnya lebih fleksibel dan pesakit berpeluang memilih tarikh pengambila­n ubat mengikut kesesuaian.

“Permohonan untuk pengambila­n bekalan ubat susulan boleh dibuat selepas melepasi langkah pertama dan kedua.

“Namun perlu diingatkan ahawa permohonan tersebut perlulah mengikut jangkaan tempoh bekalan ubat yang hampir habis dan dimohon tiga hari (waktu bekerja) sebelum hari pilihan anda untuk mengambil bekalan ubat susulan,” jelasnya.

Malahan orang awam tidak perlu risau jika tidak memiliki telefon bimbit yang canggih untuk mengimbas kod QR dan melayari pautan yang disediakan.

“Ini kerana sesiapa sahaja boleh membantu anda seperti pasangan, anak, kawan dan jiran untuk proses ini.

“Selain itu, kami juga menyediaka­n perkhidmat­an nilai tambah yang lain iaitu Ubat Melalui Pos (UMP) serta telefon dan ambil,” ujarnya.

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Farmasi Pesakit Luar di talian 085-460623.

 ??  ?? MUDAH: Tatacara FPL yang dikemas kini Hospital Miri sebagai panduan orang awam menggunaka­n perkhidmat­an terbabit.
MUDAH: Tatacara FPL yang dikemas kini Hospital Miri sebagai panduan orang awam menggunaka­n perkhidmat­an terbabit.
 ??  ?? SUMBANGAN: Theng (kanan) secara simbolik menyerahka­n sumbangan kertas A4 kepada Sharifah Ira Ratna semalam.
SUMBANGAN: Theng (kanan) secara simbolik menyerahka­n sumbangan kertas A4 kepada Sharifah Ira Ratna semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia