Utusan Borneo (Sabah)

Waspada terhadap pelbagai kaedah penipuan perbankan

-

MIRI: Orang ramai diminta agar lebih berwaspada dan abaikan panggilan telefon dan pesanan ringkas (SMS) serta laman sesawang palsu yang melibatkan urusan bank atau meminta maklumat peribadi serta akaun bank mereka.

Pembantu Khas Ketua Cabang Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pujut Adam Yii, Kevin Hii dalam satu kenyataan media baru-baru ini berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan dan pertanyaan mengenai individu yang menyamar sebagai pegawai bank bagi mendapatka­n maklumat mereka.

“Mereka yang menjadi sasaran penipuan bank ini mempunyai pelbagai latar belakang tetapi kebanyakan mereka adalah warga emas.

“Penipu berkenaan akan memulakan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai daripada bank tempatan atau Bank Negara bagi mendapatka­n maklumat peribadu mereka seperti nombor akaun bank, Kata Laluan Sekali Guna (OTP) dan maklumat yang lain.

“Sekiranya anda menerima panggilan telefon yang bertanyaka­n maklumat peribadi anda atau menawarkan bantuan bagi menyelesai­kan masalah berkaitan dengan bank anda, sebaiknya abaikan dan tidak memberikan sebarang bentuk maklumat kepada mereka (penipu),” jelas Hii.

Beliau menekankan bahawa penipuan berkaitan dengan bank adalah antara kes yang paling kerap berlaku dalam beberapa bulan kebelakang­an ini dan mangsa tidak terhad kepada umur atau jawatan pekerjaan sekalipun.

“Apabila anda menerima sebarang panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan penjenayah atau sindiket penipuan tersebut, sebaliknya abaikan nombor berkenaan dan tidak meneruskan perbualan.

“Selain itu, turut diingatkan agar tidak mudah untuk mengklik pautan daripada SMS yang dikirimkan kepada anda,keranaiabo­lehmenjuru­s menjadi taktik penipuan bagi mendapatka­n akses ke akaun bank anda,” tambahnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai pertanyaan, boleh menghubung­i SUPP Pujut atau WhatsApp ke nombor 019-8863819.

 ??  ?? KEVIN
KEVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia