Utusan Borneo (Sabah)

Insiden tembakan di sempadan tidak babitkan rakyat Malaysia

-

LAWAS: Insiden pelepasan tembakan ke udara di kawasan sempadan Ba’Kelalan dan Kalimantan, Indonesia oleh seorang Tentera Nasional Indonesia(TNI)-Angkatan Darat(AD) Sabtu lepas tidak membabitka­n anggota keselamata­n mahupun rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Penempatan Pos GABMA Ba’Kelalan Kapten Elianus Laboh, punca tembakan dilepaskan ke udara itu adalah untuk menarik perhatian dan mengawal kenderaan (dari Indonesia) yang terlibat dalam pengambila­n bekalan yang turun dari sempadan ke tapak pengambila­n.

“Hasil siasatan pihak TNIAD mendapati terdapat salah faham maklumat yang diterima di antara anggota TNI-AD yang berada di sempadan Malaysia-Indonesia dengan anggota TNI-AD yang mengawal di tapak pengambila­n bekalan,” katanya melalui surat penjelasan di sini, kelmarin.

Katanya lagi, ketika kejadian tidak ada warga Malaysia di kawasan tapak pengambila­n selaras dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Tembakan juga tidak mendatangk­an kecederaan kepada mana-mana pihak,” katanya.

Jelas Elianus lagi, keadaan masih terkawal sepenuhnya oleh pihak tentera dan tidak mengganggu proses pengambila­n bekalan.

“Anggota TNI-AD yang melepaskan tembakan telah dibawa keluar dari Malaysia dan diambil tindakan oleh Ketua TNI-AD yang beroperasi dan berpangkal­an di Long Bawan sempadan Ba’Kelalan-Indonesia,” katanya.

Sabtu lepas, satu tembakan ke udara dilepaskan oleh salah seorang anggota TNI-AD di lokasi pengambila­n bantuan bekalan makanan dan bahan binaan di kawasan lapang Ruan Tuan berhampira­n Pos Lintas Batas yang dikawal pihak tentera dalam insiden sekitar jam 3.30 hingga 4 petang.

Sementara itu, Residen Bahagian Limbang merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang Ahmad Denney

Ahmad Fauzi berkata, surat berhubung insiden pelepasan tembakan oleh salah seorang anggota TNI-AD itu telah diterima pihaknya.

Sebelum ini, misi pertama urus niaga barang makanan dan bahan binaan secara ‘one-off’ ke Krayan, Indonesia dengan persetujua­n Kerajaan Malaysia-Indonesia di sempadan Ba’Kelalan dan Long Midang, Kalimantan dilakukan bermula Februari lepas.

Barang keperluan ini dihantar melalui Koperasi Ba’Kelalan dan Syarikat Star Jaya Enterprise kepada Koperasi Mitra Utama Kaltara, Kalimantan Utara.

Semua pihak yang terlibat dengan misi penyerahan barang berkenaan pada Februari lepas menjalani ujian calitan tiga hari sebelum pertemuan dan semua barang turut disanitasi pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di Ba’Kelalan.

Hanya 10 wakil masingmasi­ng daripada pihak Malaysia dan Indonesia dibenarkan berada di zon penyerahan barang terbabit sebelum ini.

Misi kedua urus niaga barang makanan dan bahan binaan ke Long Midang dilakukan Sabtu lepas sebelum insiden tembakan dilepaskan ke udara.

 ??  ?? MAKLUM: Ahmad Denney (kanan) menerima surat penjelasan daripada TNI-AD melalui Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ba’Kelalan baru-baru ini.
MAKLUM: Ahmad Denney (kanan) menerima surat penjelasan daripada TNI-AD melalui Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ba’Kelalan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia