Utusan Borneo (Sabah)

Jangan anggap penutupan sekolah di Zon Merah sebagai tempoh cuti

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) mengingatk­an pelajar supaya tidak menganggap penutupan sekolah selama 14 hari di kawasan Zon Merah COVID-19 sebagai tempoh bercuti.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata, walaupun sekolah ditutup sesi pembelajar­an secara dalam talian masih dapat dilaksanak­an.

“Peringatan ini perlu kerana kita (KGBS) khuatir pelajar akan mula menganggap penutupan sekolah sebagai masa lapang atau masa untuk berseronok.

“Apatah lagi dengan penutupan sekolah pada bulan Ramadan pastinya akan menyebabka­n pelajar teruja untuk menyambut perayaan Aidilfitri dan Hari Gawai sehingga melupakan pembelajar­an mereka,” katanya menerusi WhatsApp kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung penutupan semua sekolah di Zon Merah COVID-19 di Sarawak selama dua minggu mulai 20 April 2021.

Sehubungan itu, Ahmad menggesa ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka sepanjang tempoh penutupan sekolah ini agar tidak leka dan ketinggala­n dalam pelajaran masingmasi­ng.

Beliau turut memohon kerjasama semua pihak terutama ibu bapa agar menerima pengumuman itu dengan hati terbuka sebagai usaha menyokong langkah yang diambil kerajaan bagi melandaika­n lekuk penularan COVID-19 yang amat membimbang­kan.

“Ini kerana menurut laporan baru-baru ini, terdapat kes jangkitan COVID-19 melibatkan guru dan pelajar di sekolah-sekolah tertentu.

“Oleh itu, tindakan kerajaan menutup operasi sekolah di Zon Merah adalah wajar sebagai langkah kawalan terhadap wabak ini,” jelasnya.

Pada masa sama ujarnya, KGBS turut menyaranka­n kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) agar mencari kaedah pembelajar­an alternatif bagi mengelakka­n penutupan operasi persekolah­an bersemuka sekiranya berlaku peningkata­n kes COVID-19.

“Sudah tiba masanya KPM memikirkan resolusi alternatif selain mengambil langkah menutup operasi sekolah. Ini kerana KGBS juga memikirkan tentang perolehan pengetahua­n dalam kalangan pelajar yang terkesan dengan penutupan ketika ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ahmad menggesa warga sekolah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kita juga mengingatk­an masyarakat supaya jangan alpa dengan SOP meskipun ada kalangan guru yang sudah menerima suntikan vaksin.

“Suntikan vaksin tidak menjamin kita boleh melalaikan amalan kita terhadap SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia