Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan tutup semua sekolah dalam Zon Merah sangat tepat

-

KUCHING: Keputusan Kerajaan Sarawak menutup semua sekolah dalam Zon Merah di negeri ini sangat bertepatan bagi mengurangk­an kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Pemangku Yang Dipertua Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak Datuk Rozalix Edi Wahab berkata, ia perlu dilakukan terutama apabila melibatkan keselamata­n pelajar dan guru.

“Keselamata­n golongan ini penting kerana sekiranya pembelajar­an masih terus dilaksanak­an di sekolah ia berkemungk­inan akan menyebabka­n lebih ramai jumlah jangkitan dalam kalangan mereka.

“Kita (MAPIM Sarawak) tidak mahu murid, guru dan kakitangan­menjadiman­gsapenular­an wabak sehingga boleh menyebabka­n kluster baharu di sekolah,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Rozalix berkata, justeru MAPIM Sarawak menyambut baik arahan penutupan sekolah sebagai langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) atas pengumuman ini.

“Meskipun sekolah ditutup tetapi pelajar masih boleh meneruskan sesi pembelajar­an secara dalam talian atau melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR),” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa samasama membantu pihak sekolah mengawasi anak-anak agar mereka tidak ketinggala­n dalam pelajaran.

“Kita turut menasihati ibu bapa pelajar sekolah terlibat supaya tidak panik dengan penutupan sekolah berkenaan dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) serta arahan dikeluarka­n pihak sekolah,” katanya.

Pada Isnin, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n bahawa semua sekolah di Zon Merah COVID-19 di Sarawak ditutup selama 14 hari mulai 20 April.

Katanya, perkara itu diputuskan selepas membuat penilaian mengenai jangkitan di kawasan sekolah yang boleh berjangkit kepada pelajar, ibu bapa dan guru.

 ??  ?? ROZALIX
ROZALIX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia