Utusan Borneo (Sabah)

600,000 individu OKU telah berdaftar di seluruh negara

Jumlah sebenar mungkin lebih ramai, ada ibu bapa belum daftar

-

LABUAN: Terdapat kirakira 600,000 individu yang dikategori­kan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendaftar dengan agensi kerajaan berkaitan setakat ini, dengan jumlah kanak-kanak yang menghidap Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD) dan masalah pembelajar­an kini berjumlah 204,000 orang, kata Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

“Namun, kita percaya jumlahnya mungkin lebih ramai kerana masih ada ibu bapa di luar sana yang belum mendaftark­an anak-anak (istimewa) mereka, memandangk­an 15 peratus daripada populasi penduduk mungkin dikategori­kan sebagai OKU,” katanya yang juga Presiden OKU Sentral.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah mengunjung­i Pusat Penjagaan Persatuan Autisme Labuan di Kampus Antarabang­sa Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) di sini semalam.

Justeru, beliau mengingatk­an ibu bapa yang mempunyai sikap ‘sindrom penafian’ untuk menerima kenyataan dan mendaftark­an anak-anak mereka yang mengalami ASD atau masalah berkaitan ketidakupa­yaan pembelajar­an seperti masalah Kecelaruan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) serta disleksia dengan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, agar bantuan dan perhatian sewajarnya dapat diberikan.

“Saya berharap pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) atau badan kebajikan swasta dapat menyokong penubuhan pusat intervensi awal seperti pusat jagaan kanak-kanak dengan Kecelaruan Spektrum Autisme melalui program kolaborati­f dengan badan kerajaan yang berkaitan.

Kini, katanya terdapat ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak-anak autistik dan anak istimewa mereka ke pusat intervensi awal kerana kapasiti yang terhad di pusat berkenaan.

“Oleh kerana bilangan kanak-kanak autistik yang tidak berdaftar mungkin lebih tinggi, kita mesti berusaha meningkatl­kan jumlah pusat intervensi awal di seluruh negara, saya berharap sektor korporat dapat memainkan peranan mereka dalam isu ini,” kata Ras Adiba.

Beliau berkata, kerajaan serius dalam menangani masalah kanak-kanak bermasalah pembelajar­an dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai dana untuk membantu anak-anak ini menjalani terapi tertentu agar mereka dapat berdikari.— Bernama

“Oleh kerana bilangan kanak-kanak autistik yang tidak berdaftar mungkin lebih tinggi, kita mesti berusaha meningkatl­kan jumlah pusat intervensi awal di seluruh negara, saya berharap sektor korporat dapat memainkan peranan mereka dalam isu ini. ” Datuk Ras Adiba Radzi Senator

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Ras Adiba mengunjung­i Pusat Penjagaan Persatuan Autisme Labuan di Kampus Antarabang­sa Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) di Labuan, semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Ras Adiba mengunjung­i Pusat Penjagaan Persatuan Autisme Labuan di Kampus Antarabang­sa Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) di Labuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia