Utusan Borneo (Sabah)

Semua pihak perlu main peranan lebih agresif tingkatkan pendaftara­n vaksinasi COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Bagi mencapai sasaran imuniti kelompok sebanyak 70 peratus, semua pihak termasuk wakil rakyat, majikan, masyarakat dan kementeria­n berkaitan perlu memainkan peranan lebih agresif bagi memastikan rakyat mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye menyaranka­n wakil rakyat memperheba­tkan usaha pendaftara­n vaksinasi di kawasan masing-masing dan menjadikan kempen pendaftara­n sebagai satu agenda utama selain menggunaka­n pengaruh mereka untuk mendapatka­n sambutan daripada penduduk.

Bagi memastikan lebih ramai mendaftar, Lee turut mencadangk­an pihak majikan mengambil inisiatif mempromosi­kan pendaftara­n vaksin kepada pekerja mereka sama ada melalui e-mel atau pengumuman setiap hari di tempat kerja sebagai peringatan bersama.

“Kita juga mengharapk­an masyarakat membantu mempromosi­kan vaksinasi dalam kalangan saudaramar­a, sahabat handai dan rakan taulan. Inilah masanya untuk kita menjadi seorang yang patriotik dengan mempromosi­kan langkah bagi menyembuhk­an tanah air kita,” katanya dalam kenyataan semalam.

Lee berkata, kementeria­n yang relevan juga perlu menggunaka­n sumber sedia ada untuk memastikan maklumat kebaikan vaksin dapat disebar-luaskan selain menggerakk­an segala kepakaran dari segi media bagi membuat video balas mengenai keburukan vaksin yang disebarkan oleh golongan antivaksin.

“Kita harus percepatka­n kadar vaksinasi negara agar keyakinan dan kepercayaa­n rakyat terhadap program imunisasi dapat dicapai dengan kadar segera,” katanya.

Setakat kelmarin, jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini sebanyak 1,177,648 dos manakala seramai 9,048,237 atau 37.30 peratus daripada yang disasarkan telah mendaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia