Utusan Borneo (Sabah)

12 maut lori tangki minyak terbalik, terbakar di Nigeria Ramai orang tercedera, puluhan rumah dan kedai hangus

-

LAGOS: Seramai 12 orang terkorban dan puluhan rumah hangus selepas sebuah lori tangki minyak terbalik, menumpahka­n isi tangkinya serta terbakar di tengah Nigeria, menurut perkhidmat­an kecemasan kelmarin.

Kemalangan, yang berlaku pada Ahad lepas di kawasan Agatu di wilayah Benue, merupakan kejadian terbaru yang melanda negara Afrika Barat yang kaya dengan minyak sejak beberapa bulan ini.

“Dua belas mayat ditemui dari tempat kejadian kemalangan kelmarin, sementara lebih 50 rumah dan kedai hangus,” menurut Emmanuel Shior, setiausaha eksekutif Agensi Pengurusan Kecemasan Negara (SEMA).

Beliau menyatakan ramai orang turut tercedera dalam kebakaran lori tangki yang terbalik, bimbang bahawa angka kematian mungkin akan bertambah.

“Operatif kami masih memeriksa kawasan untuk menentukan sekiranya lebih banyak mayat akan ditemui dari bangunan yang terbakar,” Shior memberitah­u AFP.

Beliau menyatakan lori tangki itu mungkin hilang kawalan sebelum terbalik dan terbakar, merebak ke beberapa rumah dan kedai di kawasan tersebut.

“Perkhidmat­an kecemasan segera diarahkan ke tempat kejadian dan memadamkan api. Semua dalam keadaan tenang sekarang,” tambahnya.

Pegawai Korps Keselamata­n Jalan Raya Persekutua­n (FRSC) Yakubu Mohammed mengesahka­n angka kematian, menyatakan “jumlah kematian akibat letupan adalah 12 orang.”

Beliau menyatakan lebih banyak mayat boleh ditemui dari serpihan bangunan yang hangus.

Sule Adoyi, pengerusi kawasan kerajaan tempatan Agatu, menyatakan selain 12 kematian, tiga orang dimasukkan ke hospital sementara lebih 20 motosikal, kereta dan 72 rumah hangus.

“Buat masa ini, kami telah mengebumik­an lapan orang daripada mangsa tersebut,” tambahnya.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari bersimpati dengan ahli keluarga mangsa dan menyeru kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan bagi menghalang kemalangan sebegini pada masa akan datang.

“Saya berasa bimbang dengan kekerapan insiden letupan lori tangki di atas jalan raya umum atau kawasan kediaman,” kata Buhari dalam satu kenyataan.

“Pihak berkuasa trafik jalan raya dan kementeria­n pengangkut­an harus segera menangani perkara ini,” tegasnya, sambil menambah bahawa pemandu lori tangki harus selalu mematuhi garis panduan keselamata­n di atas jalan raya.

Kemalangan melibatkan minyak kerap berlaku di Nigeria ketika pendudukny­a cuba untuk memindahka­n minyak atau petrol dari saluran paip atau ketika pemandu tangki mengalami kemalangan di atas jalan raya yang kurang diselengga­rakan.

Kebanyakan penduduk Nigeria hidup dalam kemiskinan walaupun negara itu merupakan pengeluar minyak terbesar di Afrika, menghasilk­an kira-kira dua juta tong sehari.

Pada Januari, satu letupan tangki di bandar selatan Agbor mengorbank­an empat nyawa dan mencederak­an 11 orang.

Pada Oktober tahun lepas, sebuah lori tangki meletup dan menyebabka­n kebakaran di Lagos, bandar terbesar di Nigeria, membunuh lima orang, mencederak­an lapan dan memusnahka­n lebih 100 rumah dan kedai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia