Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Rusia dakwa bunuh lebih 200 militan dalam serangan udara di Syria

-

MOSCOW: Kementeria­n Pertahanan Rusia menyatakan kelmarin ia membunuh lebih 200 pejuang di Syria semasa satu serangan udara ke atas sebuah pangkalan pengganas di timur laut Palmyra, di mana pejuang tersebut merancang serangan menjelang pilihan raya presiden pada bulan depan.

“Selepas mengesahka­n data melalui pelbagai rangkaian mengenai lokasi beberapa fasiliti pengganas, pesawat milik ‘Russian Aerospace Forces’ telah melakukan serangan udara,” kata pihak kementeria­n dalam satu kenyataan.

“Dua tempat persembuny­ian dimusnahka­n, lebih 200 militan, 24 trak pikap dengan mesingan berkaliber besar, termasuk kira-kira 500 kilogram peluru serta komponen bagi menghasilk­an bahan letupan buatan sendiri,” tambahnya.

Kenyataan itu tidak menyatakan tarikh yang dirancang bagi serangan mahupun kumpulan yang disasarkan.

Ia menyatakan sasaran adalah sebuah pangkalan penyamaran di mana kumpulan pengganas merancang serangan di Syria dan menghasilk­an bahan letupan.

“Mereka telah merancang secara khusus bagi serangan pengganas dan serangan ke atas agensi kerajaan di beberapa bandar besar dalam langkah untuk menjejaska­n kestabilan situasi di negara menjelang pilihan raya presiden di Syria,” katanya.

Pilihan raya, dijangka akan diadakan pada 26 Mei, merupakan yang kedua sejak konflik Syria meletus pada 2011 dengan penindasan terhadap protes antikeraja­an yang menyebabka­n lebih 388,000 orang terkorban.

Ia dijangka akan mengekalka­n Presiden Bashar al-Assad memegang kuasa di negara yang terjejas akibat peperangan itu.

Rusia menjadi sekutu utama rejim Assad sepanjang peperangan dan campur tangan tentera Moscow pada 2015 telah membantu mengubah keadaan pertempura­n.

Kelmarin, pihak kementeria­n pertahanan Rusia menyatakan bahawa pejuang telah dilatih di beberapa kem di kawasan tertentu namun tidak dikawal oleh rejim Syria, termasuk di kawasan Al-Tanf yang dikawal oleh tentera Amerika Syarikat (AS).

Moscow pada Februari lepas mengecam serangan AS ke atas militia yang disokong oleh Iran di timur Syria, menuntut supaya Washington menghormat­i integriti wilayah di negara tersebut.

Menteri Luar Sergei Lavrov pada masa itu menyatakan pihak Rusia ingin mengetahui rancangan Washington di Syria serta mencadangk­an bahawa AS tidak mempunyai rancangan untuk meninggalk­an negara tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia