Utusan Borneo (Sabah)

Polis dalam rusuhan Capitol mati akibat serangan jantung: Koroner

-

WASHINGTON: Anggota polis yang meninggal dunia selepas serangan ke atas bangunan Capitol AS oleh penyokong presiden Donald Trump pada Januari lepas mati akibat dua serangan jantung, menurut koroner di Washington kelmarin.

Brian Sicknick adalah salah seorang daripada lima orang, dan satu-satunya anggota polis, yang meninggal dunia dalam kaitan secara langsung dengan pemberonta­kan pada 6 Januari, ketika beratusrat­us perusuh pro-Trump menyerang dan mengatasi polis untukmerem­puh masuk ke dalam bangunan pentadbira­n kerajaan Amerika Syarikat (AS), menutup bangunan tersebut.

Laporan awal, kemudian diputuskan sebagai tidak benar, menyatakan Sicknick dipukul dengan alat pemadam api. Kemudian laporan mengaitkan kematiannn­ya dengan semburan campuran bahan kimia seperti bahan penyembur beruang atau penyembur lada.

Namun Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan di bandar ini memutuskan kelmarin bahawa Sicknick, 42, meninggal dunia akibat sebab-sebab “semula jadi”.

Laporan rasmi mengaitkan kematian anggota polis Capitol itu dengan “infark saraf otak dan ‘cerebellar’ akut disebabkan oleh trombosis arteri basal akut”, sejenis serangan angin ahmar yang menjejaska­n dengan kadar kematian yang tinggi, berpunca daripada keadaan tersumbat dalam otak.

Ia menyatakan bahawa beliau disembur dengan sejenis bahan kimia pada kira-kira jam 2.20 petang waktu tempatan semasa serangan di Kongres.

Pada jam 10 malam, beliau pengsan di Capitol dan dibawa ke hospital. Hampir 24 jam kemudian beliau meninggal dunia ketika masih berada di hospital.

Laporan tidak membuat sebarang kaitan antara penyembur dan kejadian Sicknick tumbang.

Francisco Diaz, ketua pemeriksa perubatan, memberitah­u The Washington Post tidak ada bukti bahawa anggota polis itu mempunyai reaksi alergik terhadap bahan kimia mahupun menunjukka­n sebarang kecederaan dalaman atau luaran lain.

Bagaimanap­un, Diaz memberitah­u Post bahawa “semua yang berlaku memainkan peranan dalam keadaannya.”

Kejadian Sicknick pengsan dan meninggal dunia menyokong tuduhan yang meluas bahawa Trump dan penyokongn­ya menyumbang kepada kematian seorang anggota polis, serta Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) telah menyiasat mereka yang terlibat bagi kemungkina­n tuduhan membunuh.

Ramai di kalangan ratusan orang yang ditangkap selepas serangan telah didakwa dengan menyerang dan mencederak­an beberapa anggota penguat kuasa undang-undang yang mempertaha­nkan Capitol.

Empat orang lagi meninggal dunia pada hari tersebut. Seorang wanita, Ashli Babbitt, veteran Pasukan Tentera Udara yang berdepan dengan teori konspirasi, ditembak oleh anggota polis Capitol ketika cuba menyerbu masuk melalui sebuah pintu keselamata­n di dalam Capitol.

Pada minggu lepas, pendakwa raya persekutua­n Washington memutuskan bahawa anggota polis itu mempunyai alasan yang sah untuk melepaskan tembakan terhadap Babbitt.

Di kalangan tiga orang lagi yang meninggal dunia, dua lelaki mengalami serangan jantung atau strok sementara seorang wanita maut akibat pengambila­n amfetamin secara berlebihan dos, menurut pejabat koroner.

Dalam masa beberapa hari selepas serangan ke atas Kongres, dua anggota polis Capitol meninggal dunia kerana membunuh diri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia