Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan pelampau disyaki serbu pangkalan tentera Nigeria

-

KANO: Beberapa anggota kumpulan pelampau yang disyaki menyerbu sebuah pangkalan di timur laut Nigeria di wilayah Borno sebelum satu pengeboman udara membunuh komander utama mereka, menurut tentera kelmarin.

Anggota Islamic State West Africa Province (ISWAP) bersembuny­i di dalam 12 trak senjata di pekan sempadan Dikwa pada lewat Ahad lepas dan mengguling­kan pasukan tentera selepas satu pertempura­n yang lama.

“Pengganas dalam jumlah mereka...menyerang pekan ketika penduduk tempatan bersedia untuk berbuka puasa Ramadan pada hari tersebut,” menurut pihak tentera dalam satu kenyataan.

Anggota tentera berundur ke pekan berhampira­n Gulumba Gana bagi membolehka­n Komponen Udara bertindak terhadap pengganas, menurut kenyataan jurucakap tentera Brigadier Jeneral Mohammed Yerima.

“Pasukan tentera melancarka­n serangan balas terhadap pelampau kelmarin dan berjaya menawan semula ibu pejabat utama mereka di Dikwa,” jelas Yerima.

“Pengganas yang berundur telah mengalami kerugian besar dari segi peralatan dan anggotanya termasuk beberapa ketua utama mereka,” menurut kenyataan itu.

Seorang sumber tentera dan penduduk menyatakan militan menyerang pangkalan pada kira-kira jam 5 petang waktu tempatan Ahad lepas dan mencuri senjata.

“Pengganas menyerang dari dua kedudukan di dalam beberapa trak ringan membawa mesingan berat,” seorang pegawai tentera memberitah­u AFP.

Ketika pelampau merampas kawalan, penduduk melarikan diri ke dalam hutan, dan segelintir telah sampai ke pekan Ajiri, 20 kilometer jauhnya.

Pengeboman udara kelmarin membawa kepada pembunuhan beberapa anggota pelampau termasuk sekurang-kurangnya tiga komander, menurut pegawai tentera.

“Komander taktikal ISWAP Abba Moundou mengalami kecederaan maut sementara Elhajji Gana dan Abou Ousman terkorban dalam serangan udara berhampira­n Jan Gada, timur Dikwa,” katanya.

Dikwa, 90 kilometer (55 batu) dari ibu negeri wilayah Maiduguri, merupakan kediaman kepada 130,000 orang, termasuk 75,000 yang tinggal di dalam kem di mana mereka bergantung kepada pemberian makanan oleh agensi bantuan.

Pekan itu telah beberapa kali diserang sejak pendudukny­a kembali pada 2018, empat tahun selepas mereka melarikan diri akibat keganasan pelampau.

Pada 1 Mac, pejuang ISWAP membakar hab kemanusiaa­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Dikwa, seminggu selepas militan menggeleda­h pangkalan.

ISWAP berpecah daripada kumpulan Boko Haram pada 2016 dan menjadi satu ancaman yang dominan di Nigeria.

Kumpulan pelampau telah memperting­katkan serangan sejak Ramadan bermula pada Selasa lepas.

Selama beberapa hari pada minggu lepas kumpulan itu menyerang pekan Damasak di sempadan dengan Niger, membunuh lebih 20 orang awam dan menyebabka­n kira-kira 65,000 melarikan diri merentasi sempadan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia