Utusan Borneo (Sabah)

Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumika­n

-

SHAH ALAM: Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi semalam pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang semalam.

Jenazah Allahyarha­m tiba di makam diraja pada 1.30 petang selepas dimandi dan dikafankan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Solat jenazah dilakukan di masjid sama selepas waktu zuhur.

Turutberan­gkatkeupac­ara pengebumia­n itu ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan

Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan.

Abdul Rahman meninggal dunia kerana sakit tua di kediamanny­a di Seksyen 13 pada 3.40 pagi.

Terdahulu, Amirudin dalam kenyataan semalam turut mengucapka­n salam takziah kepada Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Norashikin.

“Patik mewakili seluruh rakyat Selangor mendoakan semoga roh Allahyarha­m dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatka­n dalam kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah.

Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan takziah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin atas kembalinya ke rahmatulla­h ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Allahyarha­m Abdul Rahman Baba, 89, semalam.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia