Utusan Borneo (Sabah)

Pemalsuan rekod maklumat kelahiran

JPN tahan doktor dan ejen yang disyaki terlibat dalam lebih 200 kes sejak 2009

-

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) menahan dua individu termasuk seorang doktor swasta yang disyaki terlibat dalam lebih 200 kes sindiket pemalsuan maklumat kelahiran sejak 2009, kelmarin.

Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara Datuk Ruslin Jusoh berkata doktor itu ditahan di Putrajaya manakala seorang lagi yang merupakan ejen aktif melakukan kegiatan itu di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, ditahan di rumahnya di Melaka.

“Dengan tertangkap­nya kedua-dua mereka ini, JPN dapat menyelesai­kan sebahagian daripada kes sindiket pemalsuan palsu maklumat kelahiran yang dijejaki sejak 2009 di sebuah klinik bersalin swasta di Petaling Jaya,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah menawarkan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai anak dan didaftarka­n sebagai anak kandung, manakala doktor yang terlibat menandatan­gani dan mengesahka­n Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01.

“Sindiket akan memasukkan maklumat kanak-kanak serta maklumat pasangan, seolah-olah anak itu dilahirkan oleh isteri pasangan berkenaan, dan ejen bersama-sama pasangan akan menguruska­n pendaftara­n kanak-kanak di JPN menggunaka­n dokumen palsu,” katanya.

Ruslin berkata siasatan mendapati setiap urusan dikenakan bayaran antara RM8,000 dan RM20,000, manakala kebanyakan bayi yang didaftarka­n itu kini berumur antara 12 dan 16 tahun dengan identiti sebenar ibu kandung mereka tidak diketahui, kerana urusan serahan bayi diatur oleh pihak sindiket.

“Rekod kelahiran kanakkanak terbabit yang majoritiny­a berketurun­an Cina telah disenaraih­itamkan. Saya seru agar ibu bapa mereka hadir dan beri kerjasama dengan JPN untuk menyelesai­kan siasatan; jika tidak, JPN sendiri akan mengesan dan menjejaki mereka,” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, segala maklumat sedia ada dalam daftar kelahiran akan dikemas kini dan dibetulkan, iaitu dengan membuang maklumat ibu bapa terlibat, manakala status warganegar­a kanak-kanak itu akan menjadi ‘belum ditentukan’ kerana identiti ibu bapa sebenar tidak diketahui.

“Ibu bapa terbabit dibenar membuat permohonan ‘pengangkat­an’ sekiranya mahu terus menjaga kanak-kanak itu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tertakluk kepada prosedur perundanga­n yang betul,” katanya dan menambah JPN akan bekerjasam­a dengan JKM dan Kementeria­n Kesihatan dalam kes itu.

Ruslin berkata pihaknya juga akan melakukan siasatan dalaman bagi melihat sama ada terdapat anggota JPN terlibat dalam sindiket, dan klinik atau hospital terlibat juga akan dihubungi bagi mendapatka­n pengesahan kelahiran bayi.

Beliau seterusnya mengingatk­an pasangan yang ingin mendapatka­n anak angkat, supaya membuat permohonan menerusi proses sah dan tidak menggunaka­n orang tengah bagi berurusan dengan JPN. — Bernama

Rekod kelahiran kanak-kanak terbabit yang majoritiny­a berketurun­an Cina telah disenaraih­itamkan. Saya seru agar ibu bapa mereka hadir dan beri kerjasama dengan JPN untuk menyelesai­kan siasatan; jika tidak, JPN sendiri akan mengesan dan menjejaki mereka.

 ??  ?? BERSEMADI: Sultan Sharafuddi­n (kanan) berkenan memerhatik­an Tengku Permaisuri Norashikin (dua kanan) menyiram air mawar ke atas pusara Abdul Rahman yang selamat dikebumika­n di Makam Diraja Shah Alam, dekat Shah Alam semalam.
BERSEMADI: Sultan Sharafuddi­n (kanan) berkenan memerhatik­an Tengku Permaisuri Norashikin (dua kanan) menyiram air mawar ke atas pusara Abdul Rahman yang selamat dikebumika­n di Makam Diraja Shah Alam, dekat Shah Alam semalam.
 ??  ?? TUMPAS: Ruslin menunjukan borang daftar kelahiran pada sidang media mengenai tangkapan suspek sindiket pendaftara­n kelahiran palsu di JPN Putrajaya, Putrajaya semalam.
TUMPAS: Ruslin menunjukan borang daftar kelahiran pada sidang media mengenai tangkapan suspek sindiket pendaftara­n kelahiran palsu di JPN Putrajaya, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia