Utusan Borneo (Sabah)

Video memasak di KLIA hanya gimik, kata MAHB

-

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjelaska­n bahawa video memasak di tempat terbuka di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) hanyalah gimik atau sekadar usaha promosi oleh salah satu gerai makanan dan minuman, Eraman Mini Cafe.

Dalamkenya­taansemala­m, MAHB menegaskan bahawa memasak adalah dilarang di kawasan terbuka bangunan terminal seperti mana peraturan dalam Manual Keselamata­n Perkhidmat­an Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang yang tidak membenarka­n dapur api terbuka atau plat panas elektrik digunakan selain di dapur yang ditetapkan di dalam bangunan terminal.

“Kafe itu mengadakan gimik yang mensimulas­ikan memasak hidangan tradisiona­l Melayu ‘gulai kawah’ dengan meletakkan kuali di atas dapur tanpa pembakar gas tetapi hanya dengan alat pemanasan menggunaka­n bahan bakar pemanasan hidangan yang dikenali sebagai gel Sterno.

“Semua hidangan dimasak dan disediakan di lokasi berasingan dan dibawa ke Eraman Mini Cafe menjelang waktu gerai dibuka,” menurut MAHB bagi mengulas video tular mengenai bazar Ramadan yang memaparkan pengusaha gerai memasak di kawasan terbuka dalam bangunan terminal.

Pengendali lapangan terbang itu menjelaska­n Eraman Mini Cafe telah beroperasi di Terminal 1 KLIA sejak Oktober tahun lepas dan kini menawarkan pengalaman seperti bazar Ramadan untuk menarik lebih banyak pelanggan ke gerai tersebut.

Hidangan bufet itu ditempatka­n di kawasan seluas 50 kaki x 50 kaki dan makanan yang dibeli dari Eraman Mini Cafe itu juga boleh dimakan dalam gerai itu sendiri, yang kini menawarkan kapasiti maksimum 55 orang pada satu masa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia