Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa rayuan tamatkan darurat serah surat kepada Istana Negara

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkasa kawalan sempadan negara menerusi penggunaan teknologi seperti kamera litar tertutup (CCTV) selain dron di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam, Bukit Aman Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar berkata pemasangan CCTV ketika ini sudah dilakukan namun ia terhad seperti di kawasan Padang Besar, Perlis yang jaraknya kira-kira enam kilometer sahaja.

Beliau berkata pihaknya sedang mempertimb­angkan bagi meletakkan CCTV di kawasan-kawasan tertentu atau hotspot yang telah dikenal pasti memandangk­an kos untuk meletakkan CCTV di sepanjang kawasan sempadan adalah tinggi.

“Sebenarnya ada (kawasan) yang telah dipasangka­n CCTV yang hasilnya kita akan dapat sepertiman­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (beberapa tahun lepas) menunjukka­n gambar terdapat anggota keselamata­n yang terlibat membantu penyeludup,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam kelmarin.

Abdul Rahim berkata dengan teknologi dron pula, pihaknya dapat mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap tenaga manusia sebanyak satu batalion iaitu kira-kira 500 anggota dan tidak memerlukan sejumlah anggota yang ramai bagi menjaga serta mengawal sempadan negara.

“Dron akan terbang 24 jam dengan membuat kawalan keselamata­n. Jadi, setiap apa yang berlaku, ia akan salurkan sebarang informasi kepada pusat gerakan untuk diambil tindakan,” katanya.

Tambahnya, selain penggunaan dron dan CCTV, teknologi seperti penggunaan radar akan digunakan khusus di kawasan perairan sempadan Sabah bagi meningkatk­an kawalan.

Selain itu, Abdul Rahim berkata pihaknya akan menambah jumlah keanggotaa­n bagi kawalan sempadan di Sabah dan Sarawak berikutan langkah kerajaan Indonesia ingin menjadikan Borneo sebagai ibu negara baharu negara itu bagi menggantik­an Jakarta. — Bernama

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat semalam menghantar surat kedua kepada Istana Negara memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah bagi mempersemb­ah memorandum mendesak darurat ditamatkan.

Difahamkan surat berkenaan, yang diserahkan Pengerusi jawatankua­sa itu Khalid Abdul Samad bersama-sama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir

Mohamad, diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang di-Pertuan Agong Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim pada kira-kira jam 3.30 petang.

Turut hadir di pekarangan Pintu 3 Istana Negara ialah Presiden Parti Amanah

Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Presiden Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa Ahli Parlimen pembangkan­g.

Bercakap kepada pemberita, Khalid berharap permohonan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dapat diberi pertimbang­an.

Pengarah Komunikasi AMANAH itu mendakwa pengisytih­araan darurat telah membawa kesan buruk daripada pelbagai sudut terutama ekonomi dan kestabilan politik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia