Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan barang dikawal harga sempena Aidilfitri Pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 bermula 21 April hingga 20 Mei

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Sebanyak sembilan jenis barangan telah ditentukan­hargamaksi­mum bagi pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 bagi bahagian Sibu.

Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu Kelyn Bolhassan@Haliward berkata, pelaksanaa­n skim ini bermula 21 April hingga 20 Mei iaitu selama 30 hari.

“Bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggun­gjawab, tindakan pengeluara­n notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dilaksanak­an ke atas manamana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara.

“Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturanp­eraturan di bawah skim ini,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.

Kenyataan itu turut menyenarai­kan barangan di bawah harga kawalan musim perayaan ini.

Barangan terbabit adalah seperti ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihka­n berserta kaki, kepala,hatidanhem­pedalatau mana-mana bahagianny­a), ayam super (disembelih dan dibersihka­n tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji), telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji, daging lembu import, ikan kembung termasuk ikan mabung (7-10 ekor setiap kilogram) dan ikan selayang (7-10 ekor setiap kilogram).

Kelyn menegaskan, peniaga yang melakukan kesalahan berkenaan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 serta dikenakan penalti.

Bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum katanya, individu terbabit boleh didenda sehingga RM100,000ataudip­enjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Kelyn berkata, pihak syarikat yang melakukan kesalahan berkenaan boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga

RM250,000.

“Kegagalan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal terbabit menyebabka­n pihak terbabit didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an peniaga supaya mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalka­n sikap beretika dalam menguruska­n perniagaan manakala pengguna mestilah mengetahui tanggungja­wab dan menggunaka­n hak mereka.

Di samping itu, beliau turut mengingatk­an pengeluar, pemborong dan peruncit agar tidak menaikkan harga secara mendadak selepas berakhirny­a pelaksanaa­n skim ini.

“Skim ini akan berjaya sekiranya semua pihak bertanggun­gjawab dan

Bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggun­gjawab, tindakan pengeluara­n notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dilaksanak­an ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara.

memainkan peranan masingmasi­ng,” katanya.

Sementara itu, orang ramai boleh menghubung­i KPDNHEP jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini.

Aduan boleh dibuat di Aplikasi telefon pintar Ez ADU, e-aduan.kpdnhep. gov.my, e-aduan@kpdnhep. gov.my, hadir ke pejabat KPDNHEP Cawangan

Sibu di Tingkat 1, Wisma Persekutua­n Blok 3 atau hubungi nombor telefon pejabat KPNDHEP Cawangan Sibu di talian 084-335622 atau WhatsApp ke 019-2794317.

 ??  ?? KUAT KUASA: Penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaa­n ke atas barangan yang tersenarai dalam SHMMP Hari Raya Puasa 2021 di sebuah pasar raya di Sibu, semalam.
KUAT KUASA: Penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaa­n ke atas barangan yang tersenarai dalam SHMMP Hari Raya Puasa 2021 di sebuah pasar raya di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia