Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk luar bandar masih ragu dengan program imunisasi

- DENNIS

MIRI: Sambutan daripada penduduk luar bandar di Ulu Baram terhadap Program Imunisasi COVID-19 ketika ini masih berada pada tahap peratusan yang rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau memberitah­u, ramai penduduk luar bandar sehingga kini belum bersedia menerima vaksin COVID-19 kerana kurang memahami program vaksinasi berkenaan.

“Ramai penduduk luar bandar di kawasan saya (Telang Usan) masih raguragu dengan pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID19 ini.

“Sebabnya, ada orang yang tidak bertanggun­gjawab cenderung menakutnak­utkan penduduk luar bandar dengan berkongsi maklumat yang tidak benar dan negatif mengenai vaksin COVID-19 ini,” katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungis­emalam,mengenai respons terbaru penduduk luar bandar Telang Usan terhadap vaksin tersebut.

Mengenai masalah ini, Dennis memberitah­u Pejabat Daerah Telang Usan bersama pasukan perubatan dari klinik kesihatan secara berterusan pergi ke lapangan dengan mengadakan program kesedaran berkaitan program imunisasi ini.

“Kami telah mengadakan sesi taklimat mengenai vaksin COVID-19 di Pusat Khidmat Penan, Long Latie pada 25 Mac lalu yang melibatkan pemimpin masyarakat Penan dari 16 rumah panjang sekitarnya.

“Minggu lalu, saya telah pergi ke dua buah lagi rumah panjang kaum Penan, iaitu di Long Luting dan Long Daloh untuk sesi taklimat serupa mengenai program vaksinasi ini,” katanya.

Melalui usaha itu, Dennis memberitah­u pemahaman dan kesedaran mengenai vaksin berkenaan semakin meningkat dalam kalangan penduduk luar bandar di kawasannya walaupun maklum balas yang mereka terima agak lambat.

“Bagi rakyat dari Telang Usan yang tinggal di bandarbnad­ar, saya tidak mempunyai masalah, karena faham dan maklum mengenainy­a serta memberi respons yang positif terhadap program vaksinasi.

“Keprihatin­an saya adalah mereka yang tinggal di pedalaman ini, kerana mereka tidak begitu memahami pentingnya vaksin yang akan melindungi mereka daripada wabak COVID-19.

“Itulah sebabnya kami akan meneruskan program jangkauan ini dalam usaha menyebarka­n maklumat yang tepat mengenai Program Imunisasi COVID-19,” tambah beliau lagi.

Semasa sesi taklimat berkenaan, Dennis juga menceritak­an pengalaman­nya sendiri, dalam membantu meningkatk­an tahap keyakinan penduduk luar bandar mengenai vaksin COVID-19, yang bertujuan melindungi manusia daripada koronaviru­s tersebut adalah selamat untuk tubuh manusia.

Mengulas mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID19 di kawasannya, beliau berpuas hati bahawa rakyat di konstituen­si Telang Usan mematuhi garis panduan SOP dengan tegas.

Sehubungan itu Dennis, mengucapka­n terima kasih atas kerjasama penuh penduduk luar bandar dalam menjaga daerah Telang Usan yang kini berada dalam status Zon Hijau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia