Utusan Borneo (Sabah)

Pembelaan Najib ‘jaringkan gol ke gawang sendiri’ menerusi sembang BBM: Pendakwaan

-

KUALA TERENGGANU: Mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruha­n badan yang ditemui di tepi Jalan Kuala Terengganu­Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh di sini Sabtu lepas, dipercayai seorang wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata berdasarka­n siasatan awal, pihaknya tidak menolak kemungkina­n mayat itu adalah milik orang yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Polis ada menerima beberapa laporan orang hilang pada hari sebelum dan selepas mayat itu ditemui.

“Selain itu, kita mengambil sampel untuk ujian DNA beberapa ahli keluarga yang berpotensi ada kaitan dengan mayat tersebut berdasarka­n laporan polis yang dibuat untuk disuai padan dengan DNA mayat berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Mayat itu ditemui pekerja pembersiha­n pada kirakira 7.15 pagi dan mangsa disyaki dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke lokasi penemuan serta dibakar. — Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak telah ‘menjaringk­an gol ke gawang sendiri’ apabila mengemukak­an keterangan yang terbukti bercanggah dengan dakwaan bahawa beliau tidak mengetahui status akaun bank peribadiny­a berhubung isu membabitka­n dana RM42 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambara­m berhujah bahawa kebanyakan interaksi menerusi sembang BlackBerry­Messenger(BBM) antara saksi pendakwaan ke54 iaitu Joanna Yu Ging Ping yang merupakan Pegurus Perhubunga­n AmBank dengan ahli perniagaan yang kini dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah membuktika­n bahawa Najib mempunyai pengetahua­n mengenai status dan transaksi membabitka­n akaun peribadiny­a.

“Pembelaan mendakwa bahawa pendakwaan telah bertindak menukar lokasi gawang kami namun hakikatnya ialah mereka telah menjaringk­an gol ke gawang sendiri.

“Sembang BBM telah mewujud serta menimbulka­n inferens yang kukuh bahawa Najib mempunyai pengetahua­n mengenai status, transaksi keluar masuk yang tidak terkira serta jumlah sebenar baki akaunnya yang membolehka­n beliau memanfaatk­an dana itu termasuk wang SRC yang masuk ke dalam akaun banknya,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil pada pendengara­n rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya kerana menyelewen­g RM42 juta dana milik SRC Internatio­nal.

Turut bersidang Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sithambara­m berkata transkrip sembang itu membuktika­n bahawa Najib mempunyai pengetahua­n berhubung kemasukan dana itu ke dalam akaunnya menerusi mesej teks BBM yang diterima Jho Low daripada Najib dan kemudian dipanjangk­an kepada Joanna, begitu juga dengan mesej yang dihantar Jho Low kepada Najib berhubung baki akaun selepas ahli perniagaan itu menyoal Joanna mengenai jumlah sebenarnya.

Beliau berkata sepanjang perbicaraa­n kes itu, pasukan pembelaan Najib berhujah bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak mengetahui sumber dana tersebut dan tindakan memanfaatk­annya tidak membuktika­n unsur penyelewen­gan di bawah pecah amanah jenayah (CBT).

Peguam itu juga merujuk transkrip soal balas Najib dan sembang BBM yang menurut beliau telah mengesahka­n bahawa bekas Perdana Menteri tersebut sememangny­a berkomunik­asi dengan Jho Low secara langsung menerusi aplikasi mesej berhubung status akaunnya.

“Perayu juga mengaku sembang BBM itu adalah mesej yang dihantar beliau kepada Jho Low. Perayu mengaku bahawa beliau boleh mengagak berapa banyak yang boleh dibelanjak­annya hanya dengan berkomunik­asi beberapa kali dengan Jho Low.

“Perayu juga menyatakan bahawa beliau telah berkomunik­asi dengan setiausaha sulitnya Datuk Azlin Alias yang memaklumka­n beliau berapa banyak yang boleh dibelanjak­annya.

“Ringkasnya, terdapat pengakuan oleh perayu bahawa beliau mengetahui baki dalam akaun banknya daripada Jho Low dan Azlin,” katanya sambil menambah oleh yang demikian, hujah pembelaan bahawa Najib tidak mengetahui baki dalam akaun banknya tidak dapat dipertahan.

Pendengara­n rayuan itu bersambung hari ini.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia