Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan dukacita ada pihak cuba buat tafsiran undang-undang mengikut selera sendiri

- TAKIYUDDIN

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia serta semua pengamal undangunda­ng diseru supaya bertindak mengikut lunas undang-undang yang termaktub, termasuk dalam memberikan kefahaman serta pencerahan tentang undang-undang kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan dukacita kerana ketika jentera kerajaan menumpukan usaha termasuk kewangan untuk memerangi COVID-19, terdapat sesetengah pihak yang cuba membuat tafsiran tentang undang-undang mengikut selera sendiri.

Tindakan itu, katanya seolah-olah bertujuan meraih populariti dalam kalangan rakyat.

“Sebagai badan profesiona­l bidang undang-undang, saya yakin Majlis Peguam tetap mendukung prinsip keadilan dan kedaulatan undangunda­ng negara, serta akan terus menentang usaha-usaha memesongka­n kehendak undang-undang.

“Ini terutamany­a ketika negara berada dalam keadaan kritikal dan getir, dengan penularan berterusan wabak COVID-19 ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan mengisytih­arkan suatu Proklamasi Darurat pada 11 Jan lalu, selepas berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamata­n, kehidupan ekonomi dan ketenteram­an awam, di dalam Persekutua­n.

Langkah itu dilakukan bagi membolehka­n kerajaan memperkasa­kan usaha-usaha membasmi wabak penyakit berjangkit COVID-19 ini, termasukla­h menggubal dengan segera Ordinan-Ordinan yang perlu.

“Perlu ditekankan bahawa Ordinan Darurat hanyalah terpakai ketika negara berada di dalam tempoh Darurat, yang akan tamat pada 1 Ogos 2021 sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengharapk­an semua lapisan masyarakat dapat memahami langkah kerajaan itu adalah demi kebaikan individu, masyarakat, komuniti dan negara keseluruha­nnya. — Bernama

Sebagai badan profesiona­l bidang undang-undang, saya yakin Majlis Peguam tetap mendukung prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang negara, serta akan terus menentang usaha-usaha memesongka­n kehendak undang-undang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia