Utusan Borneo (Sabah)

Tiada unsur aniaya pelajar dikompaun tidak pakai pelitup muka: EXCO Perak

-

SHAH ALAM: Polis Selangor mengesan sindiket penipuan yang kononnya menjadi ejen mencari pekerja sambilan bagi platform e-dagang, Lazada sejak 6 Feb lepas yang melibatkan kerugian lebih RM200,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, sindiket tersebut menawarkan pekerjaan sebagai ejen pembelian dalam talian dan mangsa akan diminta melengkapk­an tugasan menjual barang untuk mendapatka­n keuntungan yang dijanjikan oleh mereka.

Muhammad Yazid berkata mangsa juga dikehendak­i membayar beberapa kos bagi membolehka­n mereka mendapat pulangan yang dijanjikan sebagai ejen tersebut.

“Sejak 6 Febriri hingga hari ini, sebanyak 23 kertas siasatan dibuka pihak polis melibatkan sindiket penipuan ini dengan nilai kerugian sebanyak RM219,271.

“Sindiket ini kebiasaann­ya akan memberi semula pulangan kos yang dibayar berserta komisen seperti yang dijanjikan pada tugasan pertama dan kedua, namun memasuki tugasan seterusnya mereka akan mula berdolak-dalik sebelum tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Muhammad Yazid berkata, sindiket ini akan terlebih dahulu mengarah mangsa membayar harga barangan yang tertera setelah dihubungi melalui nombor telefon yang tidak dikenaliat­aupunWhats­App dan pembayaran dilakukan bukan melalui akaun Lazada tetapi terus ke akaun sindiket. — Bernama

BATU GAJAH: Tiada unsur penganiaya­an terhadap enam pelajar Kolej Matrikulas­i Perak di sini yang dikenakan kompaun RM1,500 oleh pihak Kementeria­n Kesihatan (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka, kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata, pegawai penguat kuasa KKM yang mengeluark­an kompaun tersebut hanya menjalanka­n tugas bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi untuk mengekang penularan COVID-19.

Beliau berkata, kesemua pelajar yang dikompaun itu masih boleh membuat rayuan untuk mengurangk­an jumlah kompaun tersebut dan pihaknya yakin kesemua pelajar itu mampu membayarny­a.

“Saya yakin jumlah penguranga­n itu seminimum mungkin dan mampu dibayar pihak pelajar dan jika sampai mereka tidak mampu untuk membayar kompaun, InsyaAllah saya juga boleh membantu untuk menyelesai­kannya,” katanya.

Mohd Akmal berkata kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Keselamata­n Makanan Sempena Bulan Ramadan Peringkat Negeri Perak Tahun 2021 di Bazar Ramadan Dataran Taman Orkid semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai insiden yang tular dalam media sosial dan menerima pelbagai kritikan daripada warganet yang mempertika­i tindakan KKM itu kerana pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lepas dan tidak dibenarkan keluar.

Mereka dikatakan mengeluark­an kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkan­nya di bawah dagu.

Sementara itu, Mohd Akmal meminta semua pihak menghormat­i tugas agensi penguatkua­saan yang bertungkus lumus sejak tahun lepas untuk membendung penularan COVID-19.

“Saya nasihatkan semua pihak supaya bertenang. Perkara ini boleh diselesaik­an tambahan sekarang bulan Ramadan, bersangka baiklah kepada pihak KKM yang bekerja keras supaya kita boleh hidup kembali seperti biasa,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya lewat malam kelmarin berkata, Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat aduan tular berhubung kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadap pelajar Kolej Matrikulas­i Perak atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Siasatan segera sedang dijalankan oleh jabatan itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia