Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha kuih tradisiona­l dibantu iklankan produk di laman sosial

-

BACHOK: Pengusaha kuih tradisiona­l yang masih bertahan menaikkan ekonomi setempat termasuk di luar bandar akan diberi perhatian terutama dari segi bantuan pengiklana­n dan kemudahan asas.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Perkhidmat­an Awam, Pembanguna­n Luar Bandar dan Integriti Kelantan Mohd Huzaimy Che Husin berkata, berdasarka­n pemantauan­nya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lepas, ramai pembuat kuih gigih mengusahak­an produk mereka biarpun permintaan berkuranga­n berbanding sebelum merebaknya wabak COVID-19.

“Pada bulan puasa ini, antara sokongan segera yang kami lakukan ialah membeli produk makanan yang dijual dan diagihkan kepada masyarakat supaya kelompok peniaga kecil ini tidak ketinggala­n dan terus bersemanga­t untuk meneruskan perniagaan.

“Ada juga dalam kalangan mereka perlu dibantu dari segi promosi terutama bagi pengusaha dalam kalangan orang kampung yang tidak mahir mengiklank­an secara dalam talian seperti per- niagaan tuak sejuk beku, kita panjangkan perniagaan mereka menerusi laman sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Program Lawatan Pengusaha Kuih-Muih Kelantan di Kampung Merabang, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Huzaimy berkata perhatian diberikan kepada peniaga memandangk­an mereka juga turut berperanan besar dalam menyumbang kepada peningkata­n ekonomi setempat.

“Sehingga kini, kerajaan sudah membantu pengusaha kecil ini termasuk memberikan peralatan seperti mesin pengacau kuih di bawah peruntukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS),” katanya. — Bernama

 ??  ?? LAWAT: Mohd Huzaimy (kanan) beramah mesra dengan pengusaha akok dan nekbat terkenal, Ibrahim Yunus, 57, pada Program Lawatan Pengusaha Kuih-Muih Kelantan di Kampung Merabang dekat Bachok, semalam.
LAWAT: Mohd Huzaimy (kanan) beramah mesra dengan pengusaha akok dan nekbat terkenal, Ibrahim Yunus, 57, pada Program Lawatan Pengusaha Kuih-Muih Kelantan di Kampung Merabang dekat Bachok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia