Utusan Borneo (Sabah)

The Reds seri 1-1 di Leeds dalam aksi Liga Perdana Inggeris Kekal di tangga keenam liga dua mata di belakang West Ham dan penglibata­n dalam ESL diselubung­i reaksi marah

-

LEEDS: Liverpool diikat 11 di Leeds United pada satu perlawanan Liga Perdana Inggeris yang diselubung­i reaksi marah kepada penglibata­n Liverpool dalam Liga Super Eropah (ESL) pada Isnin.

Keputusan seri meletakkan Liverpool kekal di tangga keenam liga, dua mata di belakang pasukan di tangga keempat, West Ham United.

Liverpool membuka jaringan sebelum rehat menerusi gol Sadio Mane tetapi Diego Llorente mengikat kedudukan untuk gol pertama beliau bersama Leeds, tiga minit sebelum tamat permainan.

Empat pasukan teratas liga kebiasaann­ya menjamin tempat ke Liga Juara-Juara pada musim berikutnya tetapi walaupun jika Liverpool menamatkan musim di empat tangga teratas, mereka mungkin digantung dari kejohanan ini kerana ‘perbalahan’ dengan badan induk bola sepak Eropah (UEFA) selepas pengumuman bahawa mereka adalah salah sebuah 12 pasukan yang membentuk ESL.

Di bawah cadangan, 15 anggota asas akan bertanding dalam kejohanan melibatkan 20 pasukan setiap tahun tanpa perlu melayakkan diri.

Penyokong dari kelab

Leeds dan Liverpool, menunjukka­n bantahan mereka di luar Stadium Elland Road sebelum sepak mula perlawanan sementara satu sepanduk di tempat duduk bertulis: “Dapatkan ia dalam padang. Bola sepak adalah untuk penyokong.”

Pemain Leeds juga memakai kemeja T semasa membawa ungkapan yang sama sementara sebuah pesawat terbang membawa pesanan “#KatakanTid­akKepadaLi­gaSuper”.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang sebelum ini menyuaraka­n bantahan terhadap penubuhan Liga Super, bergelut untuk menjelaska­n penyertaan kelabnya dalam cadangan pertanding­an baharu semasa temu bual sebelum perlawanan.

“Satu perkara yang saya faham dan juga orang ramai fikir ia tidak betul adalah tentang persaingan, saya faham,” kata beliau.

Apa yang penting, tiada kelab dari negara asal Klopp,

Jerman, terlibat dalam pelan ini, dengan juara Eropah, Bayern Munich, menjelaska­n pada Isnin bahawa mereka gembira dengan “struktur semasa” bola sepak.

Klopp kelihatan lebih memihak kepada Bayern berbanding majikannya sendiri apabila menambah: “Saya suka dengan hakikat bahawa West Ham United mungkin akan bermain dalam Liga Juara-Juara musim hadapan. Saya tidak mahu ia berlaku kerana saya mahu kami yang bermain dalam kejohanan itu tetapi saya suka bahawa mereka juga mempunyai peluang.”

Enam kelab Liga Perdana - Liverpool, Manchester

United, Arsenal, Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur – menyertai kelab Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid dari Sepanyol dan Juventus,

Inter Milan dan AC Milan dari Itali untuk melancarka­n kejohanan itu.

Pelan mereka membangkit­kan reaksi marah dari kerajaan, badan tadbir bola sepak, pemain dan penyokong negara masing-masing.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, menyelar pelan itu dan menganggap ia “cadangan memalukan dari kelab terpilih yang lebih bermotifka­n ketamakan.”

Dalam padang di Elland Road, Klopp menurunkan semula Thiago Alcantara dan Diogo Jota, dengan penyerang bintang, Mohamed Salah bermula di bangku simpanan.

Jota terlibat ketika Liverpool memecah kebuntuan pada minit ke-31 apabila mengumpan bola kepada Trent Alexander-Arnold yang kemudian melorong bola kepada Mane untuk melakukan penyudah.

Hanya ketangkasa­n penjaga gol Liverpool, Alisson Becker, menafikan Patrick Bamford gol penyamaan awal buat Leeds dan ketika Liverpool membayangk­an tiga mata penuh untuk melonjakka­n mereka ke tangga keempat liga, Llorente menanduk tendangan sudut Jack Harrison untuk mengikat kedudukan pada minit ke-87. — AFP

Saya suka dengan hakikat bahawa West Ham United mungkin akan bermain dalam Liga Juara-Juara musim hadapan. Saya tidak mahu ia berlaku kerana saya mahu kami yang bermain dalam kejohanan itu tetapi saya suka bahawa mereka juga mempunyai peluang.

 ??  ?? GOL PENYAMAAN: Llorente (tiga kanan) menjaringk­an gol penyamaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Leeds United dan Liverpool di Elland Road di Leeds, kelmarin.
GOL PENYAMAAN: Llorente (tiga kanan) menjaringk­an gol penyamaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Leeds United dan Liverpool di Elland Road di Leeds, kelmarin.
 ??  ?? SENGIT: Mane (kiri) bersaing dengan Llorente pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Leeds United dan Liverpool di Elland Road di Leeds, kelmarin.
SENGIT: Mane (kiri) bersaing dengan Llorente pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Leeds United dan Liverpool di Elland Road di Leeds, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia