Utusan Borneo (Sabah)

UEFA: Format baharu Liga Juara-Juara akan diperkenal­kan dari 2024

-

MONTREUX: Badan induk bola sepak Eropah (UEFA), mengesahka­n bahawa format baharu Liga Juara-Juara akan diperkenal­kan dari 2024 dengan pertambaha­n jumlah kelab di pusingan pertama dari 32 kepada 36 pasukan, walaupun pengumuman awal bahawa 12 kelab terbesar di Eropah merancang satu kejohanan berasingan iaitu Liga Super Eropah.

Format baharu – yang akan menyaksika­n semua 36 pasukan diletakkan dalam satu kumpulan yang sama berbanding sistem semasa kumpulan terdiri empat pasukan – diluluskan dalam satu mesyuarat jawatankua­sa eksekutif UEFA di Switzerlan­d.

Tiada pengumuman lanjut dibuat bagaimana empat slot tambahan akan layak selain dari satu tempat akan diberikan kepada liga yang berada pada ranking kelima di Eropah, iaitu Perancis ketika ini.

Pengumuman ini dibuat beberapa jam selepas berita pengumuman penubuhan Liga Super yang mendapat kritikan dari presiden UEFA, Aleksander Ceferin.

“Saya mahu menjelaska­n bahawa semua orang bersatu menentang cadangan yang memalukan, pentingkan diri dan diselubung­i ketamakan,” kata Ceferin.

“Kita semua bersatu membantah projek tidak masuk akal ini. Pelan yang bercanggah dengan apa yang sepatutnya tentang bola sepak. Kami tidak dapat dan tidak akan membenarka­n ia berubah.”

Format baharu Liga JuaraJuara akan mengikuti apa yang dipanggil “Sistem Swiss”, yang lebih biasa dikaitkan dengan sukan catur, di mana kelab-kelab dipecahkan ke dalam empat kumpulan melibatkan sembilan pasukan untuk undian berdasarka­n pekali UEFA.

Pasukan akan bermain menentang 10 pasukan berbeza, dengan lima perlawanan di tempat sendiri dan lawan.

Pada akhir fasa ini, lapan pasukan teratas akan layak ke pusingan 16 akhir, dengan 12 pasukan tercorot akan tersingkir.

Sementara itu, pasukan yang menamatkan kedudukan di tempat kesembilan dan 24 akan bermain dua perlawanan playoff, dengan mereka di tangga kesembilan dan 16 akan menentang pasukan menamatkan saingan dari tangga ke-17 hingga 24.

Juara perlawanan itu akan melengkapk­an senarai pasukan 16 akhir, dengan pasukan yang kalah akan beraksi dalam Liga Europa. — AFP

MADRID: Presiden kelab Real Madrid, Florentino Perez berkata semalam bahawa tiada kelab akan disingkirk­an dari Liga Juara-Juara kerana menyertai cadangan kejohanan Liga Super Eropah (ESL).

Pada Isnin, enam kelab dari Liga Perdana Inggeris – Liverpool, Manchester United, Arsenal, Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur – bersama-sama tiga kelab dari La Liga, Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid dan tiga kelab dari Serie A Itali, Juventus, Inter Milan dan AC Milan – membentuk kejohanan elit berasingan.

Mereka membuat keputusan untuk meninggalk­an kejohanan diiktiraf badan induk bola sepak Eropah (UEFA), Liga Juara-Juara dan memulakan kejohanan baharu itu “secepat mungkin”, dengan pelan untuk tiga lagi anggota pengasas menyertai kejohanan serta lima kelab lain akan dijemput setiap tahun.

Perez mendakwa Paris Saint Germain (PSG) tidak dijemput.

UEFA berkata kelab-kelab yang berada dalam pertanding­an elit berasingan itu tidak akan bertanding dalam pertanding­an di bawah kelolaan mereka di masa hadapan, dengan Madrid dan juga City melangkah ke peringkat separuh akhir Liga JuaraJuara musim ini.

“Mereka adalah ancaman kepada seseorang yang keliru di antara monopoli dan hartanah,” kata Perez, yang dinamakan sebagai presiden ESL.

“Madrid tidak akan disingkirk­an dari Liga Juara-Juara, sememangny­a tidak. Begitu juga City atau kelab lain.”

Beliau menambah: “Ia tidak akan berlaku. Saya tidak mahu menyebut alasan perundanga­n tetapi ia tidak berlaku. Ia mustahil.”

UEFA juga berkata pemain dari kelab terlibat mungkin akan dihalang dari bermain bersama skuad kebangsaan masing-masing.

“Mana-mana pemain boleh berasa tenang kerana ia juga tidak akan berlaku,” kata Perez. “UEFA adalah satu monopoli dan ia juga harus telus. UEFA tidak mempunyai imej yang baik dalam sejarahnya. Ia harus mengadakan dialog terbuka dan bukan membuat ancaman,” tambahnya.

Terdahulu, Perez mendakwa langkah itu dibuat untuk menyelamat­kan sukan bola sepak.

“Bola sepak harus terus berubah dan menyesuaik­an diri dengan keadaan semasa. Bola sepak hilang tarikan. Sesuatu harus dilakukan,” kata Perez. “Bola sepak adalah satu-satu sukan yang global. Televisyen harus berubah untuk menyesuaik­an diri dengan masa. Kita harus memikirkan kenapa mereka berusia 16-24 tahun tidak lagi berminat dengan bola sepak.

“Ada banyak perlawanan tidak berkualiti dan juga ada landasan lain untuk hiburan. Bola sepak harus berubah.

“Sekumpulan kelab dari beberapa negara Eropah mahu melakukan sesuatu untuk memastikan sukan ini lebih menarik di seluruh dunia,” tambah Perez.

Beliau berkata pandemik COVID-19 telah mempercepa­tkan keperluan perubahan dan kelab tidak lagi mampu menunggu cadangan reformasi UEFA dalam Liga Juara-Juara.

“Format baharu Liga JuaraJuara dijadual bermula 2024,” kata Perez. “Dalam 2024, semua kelab akan mati.”

Perez mendakwa liga baharu akan turut membantu kelab kecil. “Mereka berkata ia adalah liga untuk golongan kaya dan ia tidak benar. Ia liga untuk menyelamat­kan bola sepak,” kata beliau.

“Wang diberikan kepada semua orang, ia sistem piramid. Jika mereka di atas mempunyai wang, ia akan dibahagika­n ke bawah.

“Terdapat 15 pasukan yang menghasilk­an nilai dan lima akan menyertai atas merit sukan. Ia bukan tertutup. Ia terbuka. Kami tidak pernah memikirkan tentang liga tertutup.” — AFP

 ??  ?? CEFERIN
CEFERIN
 ??  ?? PEREZ
PEREZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia