Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho dipecat kerana kempen bermasalah

-

LONDON: Jose Mourinho dipecat sebagai pengurus Tottenham Hotspur pada Isnin, enam hari sebelum final Piala Liga Inggeris menentang Manchester City ketika pengurus dari Portugal itu menerima padah kerana satu kempen bermasalah. Mourinho, 58, dipecat selepas hanya 17 bulan mengendali kelab, walaupun beliau mungkin boleh membimbing kelab memenangi kejuaraan pertama sejak 2008 di final menentang City. Tottenham bergelut melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim hadapan menerusi kedudukan liga – di empat tangga teratas liga. Spurs ketika ini berada di tangga ketujuh, lima mata dari West HamUnited, yang mendudukis­lot terakhir kelayakan dan juga dikejutkan di pusingan 16 akhir Liga Europa oleh Dinamo Zagreb.

“Kelab mahu mengumumka­n hari ini (Isnin) bahawa Jose Mourinho dan kakitangan kejurulati­hannya telah ditamatkan tugas,” kata satu kenyataan Tottenham.

Pengumuman mengejut itu dibuat kurang dari 24 jam selepas Tottenham mengumumka­n bahawa mereka adalah salah satu dari 12 kelab yang merancang membentuk Liga Super Eropah.

Jurulatih akademi Tottenham, Ryan Mason, yang juga bekas pemain di kelab, akan mengendali sesi latihan skuad senior minggu ini dan juga akan memilih skuad untuk perlawanan liga menentang Southampto­n dan final Piala Liga di Wembley pada hujung minggu.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy, berkata: “Jose dan kakitangan kejurulati­hannya telah bersama-sama dengan kami untuk beberapa waktu yang mencabar di kelab.

“Jose adalah seorang yang profesiona­l, yang menunjukka­n kesungguha­n semasa pandemik (COVID-19).

“Dari segi peribadi, saya berasa gembira bekerja dengan beliau dan kesal kerana semuanya tidak berhasil seperti yang kami jangkakan.”

Jurulatih kelab RB Leipzig, Julian Nagelsmann, menjadi pilihan utama untuk menggantik­an tempat Mourinho sementara pengurus

Leicester, Brendan Rodgers, juga antara calon.

Nagelsmann juga dikaitkan dengan jawatan di Bayern Munich, yang akan kehilangan Hansi Flick dalam satu langkah yang mungkin memujuk Tottenham untuk bertindak lebih awal berbanding menunggu sehingga akhir musim.

PemecatanM­ourinhoada­lah kekecewaan terbaharu dalam kerjaya kejurulati­han beliau yang gah sebelum ini.

Bekas jurulatih FC Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Manchester United itu dilantik oleh Tottenham pada November 2019, kurang 12 jam selepas Mauricio Pochettino dipecat.

Tetapi tidak seperti Pochettino, yang membimbing Spurs ke final Liga JuaraJuara pada 2019 dan sering menamatkan musim di empat tangga teratas liga, Mourinho gagal menghasilk­an yang terbaik dari skuadnya.

Spurs menamatkan musim lepas di tangga keenam dan tersingkir di pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Berikutan dengan rasa tidak puas hati pemain dengan taktik lama Mourinho dan sesi latihan membosanka­n, beliau semakin kehilangan sokongan pemain dalam beberapa minggu terakhir.

Beliau juga mempunyai perbalahan terbuka dengan pemain pinjaman dari Real Madrid, Gareth Bale tentang tahap kecergasan pemain itu selepas tewas pada perlawanan Piala FA di Everton dan mendakwa Toby Alderweire­ld tidak hadir dalam skuad kerana lewat tiba selepas menyertai skuad Belgium walaupun pemain itu dilihat berada di pusat latihan.

Dengan Tottenham hampir pasti gagal layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan, ada juga kerisauan bahawa penyerang bintang yang juga kapten pasukan, Harry Kane, akan mendesak untuk meninggalk­an kelab pada akhir musim.

Kane memberi reaksi kepada pemecatan Mourinho dengan membuat ciapan di Twitter: “Terima kasih di atas segala-galanya. Gembira bekerja bersama. Saya mengharapk­an yang terbaik di babak seterusnya untuk anda.”

Son Heung-min adalah salah seorang pemain yang menyerlah di bawah kendalian Mourinho dan penyerang antarabang­sa Korea Selatan itu juga memberikan penghargaa­n kepada Mourinho.

“Saya tidak mempunyai kata-kata untuk menggambar­kan perasaan saya ketika ini, ia amat menggembir­akan untuk bekerja dengan anda,” kata Son di laman sosial Instagram.

“Maaf kerana semuanya tidak berhasil dan berasa amat bertuah dengan masa kita bekerjasam­a. Semoga berjaya dan yang terbaik untuk masa hadapan.”

Hanya ketika membimbing kelab di tanahairny­a, Leiria di mana beliau merekodkan purata kemenangan rendah dalam semua pertanding­an (45 peratus) dalam kerjaya sebagai jurulatih berbanding hanya 51 peratus di Tottenham.

Spurs tercicir 20 mata ketika mendahului kedudukan dalam perlawanan dan mereka juga mensia-siakan pendahulua­n 2-0 pada perlawanan pertama ketika menentang Dinamo dalam Liga Europa.

Buat kali pertama, Mourinho tewas 10 perlawanan liga dalam satu musim.

Selepas melabelkan dirinya sebagai “Yang Teristimew­a” selepas memenangi Liga Juara-Juara bersama Porto, Mourinho memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam dua penggal bersama Chelsea.

Beliau juga membimbing Inter Milan memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pada 2010 dan memenangi La Liga Sepanyol ketika membimbing Real Madrid.

Tetapi penggal kedua beliau di Chelsea berakhir dengan kekecewaan pada 2015 apabila dipecat selepas kehilangan sokongan daripada pemain bintang di kelab.

Dua tahun di Manchester United menghasilk­an kejuaraan Liga Europa dan Piala Liga Inggeris tetapi sekali lagi Mourinho gagal menggembir­akan pemain bintang yang menyebabka­n pemecatann­ya pada 2018.

Perlawanan terakhir Mourinho bersama Spurs ialah ketika seri 2-2 di Everton pada Jumaat lepas, menyebabka­n kelab tanpa kemenangan dari tiga perlawanan. — AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia