Utusan Borneo (Sabah)

STA teruskan rayuan agar tenis sukan wajib SUKMA

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA) teruskan rayuan agar sukan tenis disenaraik­an sebagai sukan wajib dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

Presidenny­a, Johnson Koh berkata, buat kali ketiga, beliau telah menulis surat berhubung perkara itu kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Reezal Merican Naina Merican pada Februari 2021 lalu.

Menurutnya, surat rayuan sama telah dikemukaka­n kepada dua Menteri Belia dan Sukan Malaysia sebelum ini, Khairy Jamalludin dan Syed Syaddiq.

Johnson berkata, dua surat rayuannya sebelum ini berkenaan telah dihantar secara peribadi tetapi tidak mendapat sebarang jawapan pasti.

“Surat rayau ketiga ini, saya hantar menerusi courier dari Sandakan disebabkan krisis COVID-10 dan penguatkua­san Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sandakan.

“Saya harap Pegawai Khas kementeria­n dapat bawa surat rayuan ini untuk perbincang­an kementeria­n agar dapat perhatian sewajarnya. Saya turut sertakan justifikas­i kenapa perlu bagi tanis jadi sukan wajib di SUKMA,” kata Johnson.

Menurutnya, antara justifikas­i yang disertakan­nya adalah tentang sukarnya memajukan sukan tenis tanpa ada kejohanan utama antara negeri seperti SUKMA.

“Kita ada kemudahan sukan tenis di semua kompleks sukan di negara ini dan ada ramai atlet berpotensi dan ribuan kelab tenis tetapi malangnya tenis bukan dalam senarai sukan wajib di SUKMA menyebabka­n ia kadang ada kadang tiada dalam sukan dwi tahun terbesar negara itu.

“Saya berharap, campurtang­an menteri akan menamatkan penantian kami melihat tenis menjadi sukan wajib di SUKMA,” kata Johnson ketika dihubungi kelmarin.

Surut rayuan Johnson itu turut disertakan dengan keratan-keratan akhbar tempatan dan kebangsaan berhubung usaha mereka meminta agar tenis jadi sukan wajib SUKMA sebelum ini.

Sebagai rekod edisi ke-20 SUKMA sepatutnya berlangsun­g di Johor tahun lalu tetapi ditunda ke 2022 ekoran krisis COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia