Utusan Borneo (Sabah)

Piala BMR: Kejohanan Peringkat Zon Pedalaman Atas 23 April ini

- JOANNES Oleh Vitalis G Bingkasan LOKMAN

akan bertanding dalam acara bina badan terbuka.

Joannes berkata, Shelen terpilih berdasarka­n prestasi terkini di mana dia telah secara konsisten berlatih mengekalka­n tahapnya walaupun tanpa kejohanan sepanjang tahun lalu ekoran krisis pandemik COVID19.

“Shelen akan terus menjalani latihan di Sabah di bawah kendalian dua jurulatih, Joseph Sylvester dan Jeffery Thadeus sehinggga menjelang kejohanan Asia,” kata Joannes yang memantau sendiri pemilihan atlet itu manakala Alik Makim selaku penyelaras.

Shelen adalah juara Sabah, Borneo dan Malaysia pada 2018-2019.

Pensyarah Institut Pendidikan Guru berusia 52 tahun berasal dari Tamparuli

itu menang pingat emas Mr Sabah 2018-2019, Mr Borneo 2018-2019 dan Mr Malaysia 2019.

“Kita bangga dan ucapkan tahniah kepada Shelen kerana terpilih membawa cabaran negara di tiga kejohanan besar tahun ini.

“Ia bukan tugas mudah tetapi kami yakin dengan kemampuann­ya. Kita harapkan yang terbaik dari dia,” kata Joannes ketika dihubungi di sini kelmarin.

KOTA KINABALU: Kejohanan Bola Sepak Piala Bung Moktar Radin peringkat Zon Pedalaman Atas yang tertunda sebelum ini akan diadakan di padang Kompleks Sukan Tambunan pada 23-25 April ini.

Kejohanan tiga hari itu melibatkan pasukan Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Lokman Sunggim berkata, keputusan untuk meneruskan kejohanan itu telah mendapat persetujua­n dari pasukan yang terlibat.

Katanya, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) telah memberi kebenaran bagi membolehka­n kejohanan peringkat Zon Pedalaman Atas itu diadakan.

“Kita akan memastikan penganjura­n kejohanan itu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Lokman, sehingga ini, persediaan pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan itu berjalan lancar.

Beliau berkata, pengerusi penganjur kejohanan peringkat Zon Pedalaman Atas, Fred Vincent Marukau sudah bersiap sedia untuk memastikan kejohanan itu dikendalik­an dengan jayanya.

“Kita yakin pengerusi penganjur yang dilantik dapat mengendali­kan kejohanan seperti yang diharapkan oleh Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan SAFA,” katanya.

Kejohanan peringkat Zon Pedalaman Atas itu akan dimulai dengan pertembung­an antara pasukan tuan rumah, Tambunan dan Keningau pada jam 7.30 malam disusuli dengan perlawanan Tenom menentang Nabawan pada jam 9.30 malam.

Kejohanan itu adalah khusus untuk pemain berusia 18 tahun ke bawah dan pertanding­an peringkat zon dijadikan medan bagi memilih pemain mewakili zon ke pusingan akhir.

Keseluruha­nnya, kejohanan itu disertai 31 pasukan yang dibahagika­n kepada lapan zon.

Sebelum ini, enam zon telah selesai adakah pertanding­an pada awal bulan ini iaitu Pantai

Barat, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Pantai Barat Timur, Zon Tengah dan Pantai Timur Utara.

Hanya Zon Pedalaman Atas dan Pantai Timur Selatan yang terpaksa ditunda kerana kawasan itu berada dalam penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran krisis COVID-19.

“Selepas Zon Pedalaman Atas selesai, bermakna tinggal Zon Pantai Timur Selatan lagi yang masih dalam PKPB yang belum kita dapat adakan pertanding­an. Harap-harap pertanding­an peringkat zon ini dapat selesai dalam masa terdekat.

“Zon Pantai Timur Selatan melibatkan pasukan Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Kalabakan,” kata Lokman.

Pusingan akhir kejohanan itu dijadual diadakan selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri.

 ??  ?? JOHNSON
JOHNSON
 ??  ??
 ??  ?? SASA: Shelen bersama salah seorang atlet bina badan Sabah, Bryan Isidore Tubong.
SASA: Shelen bersama salah seorang atlet bina badan Sabah, Bryan Isidore Tubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia