Utusan Borneo (Sabah)

Pelukis pelan, ejen JPWNS didakwa rasuah

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU:

Dua lelaki didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini selepas didapati memberi dan menerima suapan berkenaan penukaran status zon lot tanah di Kampung Bantayan di sini.

Pelukis pelan Athanasius John Malis, 58, dan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Shahrum Radzlee Mohd Samlih, 38, masingmasi­ng mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama Athanasius secara rasuah meminta suatu suapan wang tunai sebanyak RM15,000 iaitu wang pendahulua­n daripada RM60,000 daripada Muhammad Hasri Lim Abdullah sebagai dorongan untuk menukar zon lot tanah Kampung Bantayan daripada Zon Countrysid­e kepada Zon Residentia­l tanpa mendapat kebenaran Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa (LPPBD) dan kelulusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 5 September 2019 di sebuah pusat belibelah di Karamunsin­g.

Pertuduhan kedua, tertuduh mendapatka­n wang RM15,000 daripada penama sama di parkir kereta Tun Fuad Stephen Jalan Karamunsin­g manakala pertuduhan ketiga menerima wang RM45,000 iaitu baki bayaran daripada RM60,000 pada 20 November 2019 di lot parkir kereta Medan Selera Grace Point, Jalan Pantai Sembulan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, dan pertuduhan mengikut Seksyen 17 (a) ASPRM 2009.

Sementara itu, mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan kepada Shahrum, sebagai seorang ejen kepada Jabatan Perancanga­n dan Wilayah Negeri Sabah (JPWNS), iaitu Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perancanga­n Bandar dan Wilayah Negeri Sabah menerima suapan RM22,500 daripada Athanasius pada 20 November 2019 di lot parkir kereta Medan Selera Grace Point Jalan Pantai Sembulan.

Suapan itu adalah bagi menandatan­gani surat pengesahan zon bagi lot tanah Kampung Bantayan Kota Kinabalu sebagai Zon Residentia­l tanpa mendapat kebenaran LPPBD dan DBKK.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) ASPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta yang sama iaitu boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Mahkamah membenarka­n ikat jamin sebanyak RM20,000 dan deposit RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan bagi Athanasius manakala RM15,000 dengan wang pendahulua­n RM8,000 kepada Shahrum dengan seorang penjamin tempatan.

Kedua-dua tertuduh dikehendak­i menyerahka­n pasport antarabang­sa kepada mahkamah dan mesti melapor diri ke pejabat SPRM sekali dalam tempoh dua bulan dan tertuduh juga dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan sebelum dan semasa perbicaraa­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia