Utusan Borneo (Sabah)

Suspek utama kes bakar rumah disahkan meninggal dunia

- Oleh Yusop Teppo

BELURAN: Suspek utama kes membakar rumah pekerja ladang yang menyebabka­n kematian seorang lelaki, telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­dan Kasim Muda berkata, suspek berumur 34 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira jam 5.30 petang Isnin.

Sebelum itu, beliau berkata, suspek dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat melecur di bahagian badan dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi pada Ahad.

Beliau berkata, seorang lelaki berumur 29 tahun yang turut melecur dalam kejadian itu juga disahkan meninggal dunia kirakira jam 11 malam Ahad semasa menerima rawatan di hospital yang sama.

“Suspek dan mangsa ada kaitan keluarga di mana mangsa merupakan pakcik kepada suspek. Keduadua mereka merupakan pekerja ladang di tempat kejadian,” katanya.

Pada 18 September lalu, seorang lelaki maut akibat terbakar ekoran tindakan suspek menyimbah minyak petrol di dalam rumah sebelum membakarny­a.

Kasim berkata, kejadian di rumah pekerja ladang di Beluran itu telah menyebabka­n suspek dan mangsa mengalami kecederaan melecur teruk sebelum dikejarkan ke hospital.

Beliau berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pekerja ladang yang tinggal berhampira­n.

“Polis menerima laporan daripada penolong pengurus ladang berkenaan berhubung kejadian itu jam 1.02 petang hari sama,” katanya.

Kasim memberitah­u kejadian itu disaksikan oleh isteri mangsa yang terselamat.

“Sehingga kini, pihak polis masih menjalanka­n siasatan berhubung motif kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? SIASAT: Anggota polis menjalanka­n pemeriksaa­n di lokasi kejadian.
SIASAT: Anggota polis menjalanka­n pemeriksaa­n di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia